Tuesday, December 15, 2009

"I like The Beatles but hey, I'm patriotic." A football story

"Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang..."


surat yazid kepada pemain pemain bolasepak negara


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Tahniah kepada pasukan bolasepak negara kita, saya ulangi, negara kita
kerana berjaya membuat hampir seluruh rakyat malaysia tersenyum sinis eh bukan, tersenyum bahagia atas kejayaan mereka membuktikan bahawa anda semua bukan jaguh kampung mahupun pekan kecil.

Namun begitu, tidak hendaklah saya bercerita banyak tentang kebolehan anda semua untuk memenangi pingat emas acara bolasepak di sukan sea laos 2009.Hal ini demikian kerana, saya tidak mahu memberikan harapan yang menggunung terhadap pasukan bolasepak negara kita ini yang sering kali mengecewakan...mengecewakan saya yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk hero hero BERAMBUT PACAK DAN BERBAJU KETAT KEBANGAAN KITA ITU


Berkurun lama rasanya saya tidak melihat sinar kebangkitan dalam arena bolasepak negara kita ini.Masih lagi saya ingat bagaimana harapan saya yang ketika itu berumur 9 tahun berkecai apabila malaysia tewas di tangan thailand hasil kesilapan bodoh penjaga gol yang memberikan thailand pingat emas free pada tahun 2001.Walau bagaimanapun, masih tetap saya mempercayai kebolehan pemain pemain negara kita ini.Sentiasa jika ada peluang akan saya menonton dan mengikuti perkembangan bolasepak negara kita ini.Setiap kegagalan sepanjang menyertai pertandingan disaksikan oleh mata yang mengharapkan kegemilanagn hakiki ini.Akan tetap saya menyeru "MALAYSIA BOLEH!!!!" dengan penuh bersemangat eventho kita ketinggalan.Saya tetap sappot time shukor adan dah tak larat nak lari dah hanya mampu bejalan ketika menentang china tau.Patriotik kah saya ataupun bodoh?

Mungkin senang jika saya join sebilangan besar rakyat negara kita ini yang tidak memberikan sokongan padu terhadap anda semua.
Bukan tujuan untuk mengherdik mahupun menghina.Namun begitu, senario peminat bolasepak negara yang berkelakuan "sapot ketika menang je" sebenarnya amat menjengkelkan.Tidak patut rasanya jika kita mempersalahkan peminat-peminat 100%.Hal ini demikian kerana, berkemungkinan besar, mereka sudah terbiasa dengan kemenangan hasil sokongan mereka terhadap manchester united ehem ehem.Oleh itu wajarlah pemain pemain negara melupakan WAGs seperti rita rudaini dan sebagainya dan terus fokus bola.Fokus bola!-macam cerita tv 1 tu.Walaubagaimanapun, ikhlas saya menyokong anda semua yang "berhempas pulas" dia atas padang untuk memperjuangkan nama negara.

Saya sayangkan negara ini.Hasilnya, saya tak pernah enthusiastc apabila tibanya euro ataupun world cup.Yelah bukannya malaysia main pon ye tak?
Harap harap kali ni, anak anak buah rajagobal tak mengecewakan saya yang serik dengan harapan menggunang yang berkecai seperti bangunan dalam cerita 2012(bapak best..)
kepada pasukan malaysia, musnahkan vietnam...sekian

sign-love, yazid


p/s- perasan tak, player malaysia kalau main bola mesti pakai baju basah.And no bukan sebab peluh ye adik adik.

will always be rooting for ya!

7 comments:

shinchan BEBEL said...

basah sbb peluh ah tuu,bijak!

-yzd- said...

before game dah basah.
sila explain..

.shin. said...

ta reti minum air.
ta pon air jampi tok ghazali kampung bongek.
hahahaha

asal ada orang nama cam aku.
haha.

syamsulfitri said...

stylo dol surat ko.
ko mmg ayt gempak je kan.
hahahhahahahahahah.
malaysia mng kot lwn vietnam
2-0 kot.

-yzd- said...

cayalah sam.semangat inilah yang kita mahukan dari seorang peminat bolasepak negara!
haha

si juliet said...

HAHA.
totally agree.
change must be done.

anas x ganas said...

aku xleh lupe dow taun 2001 tu.
minit ke 71.
wakakaka.
bpk xleh bla masuk celah kangkang.
duuh.