Tuesday, March 23, 2010

Bila Kembali Ke Institusi?

*nik rusydan, asraf akmal, farhan abdullah, ahmad faathir, maza akmal



Selesai menonton wrestling tadi aku termenung sorang sorang dan memikirkan betapa bosanya hidup tanpa arah tujuan dan matlamat. Hidup aku skrng ni mcm Michael Carrick dalam first eleven Man Utd. Ada takpe, takde pn takpe. Macam takde function paham? Aku bangun pagi tiap hari mengharapkan ada benda berfaedah untuk dilakukan. Sayangnya, menonton E! news yang diulang dah berapa kali pn aku tak tau tidak memberi manfaat kepada rakyat malaysia amnya dan diri sendiri khasnya. Percaya atau tidak, aku yang mungkin korang semua kenal sbgai seorang yang malas dan mangkuk teringin untuk kembali ke sekolah demi mengaktifkan kembali otak yang kian berkarat.

Malang sungguh, peluang untuk kembali belajar di institusi seawal ini hanya layak diberikan kepada manusia manusia terpilih. Sama ada yang mempunyai ibu bapa yang kaya raya mahupn result trials yang uber gempak, mereka manusia terpilih tersebut. Sedangkan aku hanya mampu menghadapi hari hari yang kian membosankan tanpa mengetahui apa yang tersedia untuk diri sendiri pada masa hadapan. Kadangkala pelik juga aku tengok manusia manusia yang kekal carefree walaupun berada dalam situasi yang sama seperti aku. Entahla mungkin setiap manusia berbeza. Kadang kadang aku cuba beri semangat pada diri sendiri. "Chillax la. Tak lari gunung dikejar." Apasal orng dulu-dulu guna gunung eh? Apasal tak cakap tak lari tasik dikejar? Ntah biarkanla ia menjadi misteri. Kalau nak kaji pun buat sakit hati. Yela bukan dapat sijil penghargaan pun. Sijil penyertaan pun tak tentu lagi dapat. See aku dah start mengarut.

Sungguh aku cemburu melihat rakan rakan yang atleast dah ada sinar cahaya masa hadapan. Acap Jub contohnya sedang mengikuti program pendedahan kerjaya. Insyaallah, aku yakin dia akan berjaya menjadi doktor macam bapaknya tu. Maza pulak makin sibuk dengan aktiviti membuat resume untuk JPA. Nik Rusydan takyah cakap la. Awal awal dah sambung stadi. Aku pulak? Sibuk memikirkan bila nak gosok gigi setelah bangun dari tidur.Go Figure

Minggu depan aku start kerja. Mayb dengan adanya tanggungjawab sambilan yang perlu dipikul, aku tak terlampau terfikir tentang keinginan untuk berjaya dalam pelajaran.













and park ji sung sangat handsome, kasihan liverpool:)

6 comments:

adam said...

yeah kita dalam kapal yg same haha:)

-yzd- said...

hahah kita dalam sampan yang sama

Shikin Zainal said...

Jangan nak happy sangat penyokong Man Utd -.-'

Sipot said...

aku rasakan,kau punya post semua panjang panjang tp aku baca semua dowh.nice blog bebeh

-yzd- said...

aku sayang kau sipot!hahah

arareraireirie said...

aku sama do. pening and cuak mbabi ni