Saturday, August 7, 2010

Lapar kejap

Bakdatang. Bulan puasa datang lagi. Sejujurnya aku tak puas makan lagi. Tiba bulan puasa selalunya aku akan tiba tiba shut down sebab food intake tak cukup. Teruk betul tapi kalau fikir balik, elok juga datang bulan puasa ni. Mudah untuk aku insaf dan kembali ke jalan yang benar. Tipulah kalau aku cakap sepanjang bulan-bulan selepas ramadhan yang lepas aku tak buat dosa. Lenguh tangan malaikat agaknya mencatit keburukan. Aku cuma manusia biasa. Tak perfect dan tak cool mahupun handsome adanya. Aku kuat carut so bila tiba bulan mulia ni aku try nak kurangkan carut. Bila kurang carut automatic dosa kurang. Automatic jugak diri ni terasa nak buat pahala. InsyaAllah aku try buat pahal banyak sikit. Bagi malaikat lenguh catit kebaikan pulak. Masuk ramadhan ni, dah tiga tahun aku tak puasa bersama famili. Takpelah dah besar. Tak payah mak kejut bangun sahur. Dah boleh bangun sendiri agaknya. Dah jadi mahasiswa ni, aku agak bukak puasa pun ala kadir jela. Saving untuk bahan-bahan keperluan kehidupan di campus yang lagi penting dari ayam percik. So marilah join aku masuk scene mee sedap perisa asli dan air water cooler.

Haih, doakanlah aku jadi manusia yang lebih baik lepas ni. Tak terlambat nak taubat.
Selamat berpuasa rakan rakan.

Oh ya, partners in crime dalam gambar bawah ni, jom la raya sama sama before Boyak fly. Doakan juga gemuk tu puasa penuh tahun ni ye

No comments: