Thursday, September 9, 2010

aku puasa so boleh raya

Aku mintak ampun kat semua orang sebab besok Hari Raya. Aku banyak buat dosa dengan orang and don't worry, orang yang buat dosa dgn aku dah lama aku ampunkan. Oh besok aku balik motherland. Ada orang tu kecoh gila kalau pergi Singapore. Macam hebat sangat dapat melancong seberang tambak. Aku tiap-tiap tahun kena tahan bau kencing dalam lif flat HDB tu tak kecoh pun. Siapa cakap Singapore bersh. Tempat tourist memanglah bersih. Cuba jenguk kawasan penempatan golongan minimalis (flat HDB) and anda akan bertanya tanya mana datangnya cock and bull story yang mengatakan Singapore bersih? Tapi aku suka jalanraya kota singa yang ditutupi pohon-pohon yang merimbun. Government kita perlu take note on how to prevent global warming.

Tahun ni feel raya tak bakdatang ah. Maybe sebab final exams yang memang around the corner gila-gila kaw punya. Or maybe sebab tahun ni aku tak dapat duit raya dah. Kalau tanya aku apa signifikan raya pada diri sendiri, aku maybe akan cakap "Buto pak hang. Pergi tanya orang lain lah. Jangan kacau aku makan." Tapi kalau aku rasa diri tu intelectual sedikit time kau tanya maybe aku jawab "Raya tu adalah hari untuk meraikan umat Islam yang telah bersungguh-sungguh berpuasa selama sebulan." Kalau time kau tanya tu mood aku fantastik maybe aku further jawab yang "Hari Raya itu juga merupakan hari di mana kita semua merapatkan silaturahim dengan bermaaf-maafan dan berkunjung-kunjungan. Oh tak dilupkan juga kuih raya ala ala bombastik serta mercun yang meriahkan suasana." Ye maybe jawapan yang aku bagi kalau ditujukan soalan sebegitu rupa agak cliche tapi nak buat macamana, sejak azali kita dah disogok dengan jawapan buku teks oleh media massa mahupun orang orang yang lebih tua. Aku tak rasa ada yang akan jawab "Hari Raya itu adalah hari yang banyak eksiden berlaku, duit banyak habis sebab bayar duit tol, dan terpaksa teman mak/ bini/ awek bershoppin di Jalan TAR."

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA ORANG YANG TIDAK PONTENG PUASA SAHAJA. AND FUCK YEA AKU JEALOUS TENGOK ORANG BAGI UCAPAN SALAM PERANTAUAN. TAKPELAH, TAKDE REZEKI.

No comments: