Monday, September 27, 2010

balada random pengawas perperiksaan

Wallaweh!! Pejal Hazique dah ada blog la! Jenguk jenguk la blog dia yang penuh luahan isi hati dramatis yang bernuansa kesedihan dicampur dengan elemem elemen lawak spastik. Promosi free ni bai. Gua tak mintak banyak. Biskut Lexus perisa cekelat je.

Okeh besok hari Rabu. Besok jugak gua ambik last paper for this semester. UIA ni dah sunyi. Budak budak dah ramai balik. Mangsa keadaan macam gua dan rakan rakan sejurusan ni terpaksalah balik lambat sikit. Lah buat apa balik awal awal pun. Macamlah awek lu lari kalau balik lambat. Takde tambah duit alaun nye kalau sampai rumah awal tu. Kimak la. Gua tak sabar nak bebas ni tapi nak buat macamana? Persetan itu semua. Gua sabar jelah dan fokus utk exam!

Paper besok adalah Islamic Legal History. Bunyik macam gua nak ambik degree in Fiqah, Al-Quran dan Sunnah dengan Usuluddin ke apa kan? HAHAH bakdatang ah. Gua ni gaya je kafir laknat. Dalam hati sipi sipi je nak sama dengan mursyidul am Gombak. Kalau statement gua ni tak betul pun, percayalah yang gua memang berusaha untuk menjurus ke arah tu.

Dalam menelaah buku teks yang tebal mengalahkan buku heri poter adik lu, gua ada ambik iktibar beberapa perkara. Gua sedar bahawa dalam menempuh perperiksaan, banyak perkara yang kita perlu ambik kira untuk memastikan result yang terbaik. Sebab tu gua nak kongsi dengan uolls beberapa tip-tip picisan yang mampu merubah kehidupan anda InsyaAllah. Walaupun gua takdelah berjaya pun dalam hidup ni tapi kalau tanya mana mana pakar motivasi pun diorang akan bagi nasihat canggini jugak. Haa apa lagi? Salin chot salin!:
  1. Kalau lu nak exam, jangan baca last minit. Nanti jadi macam gua.
  2. Lu nak exam kan? Dah tu apasal kutuk kutuk guru lagi? Nanti jadi macam gua.
  3. Lu lapar tapi nak nampak rajin? Makn megi sambil baca buku. Orang respek bai. Nampak macam student harapan bangsa je. Macam gua
  4. Lu nak exam jangan tinggal solat. Sembahyang tu tiang agama. Jangan study sampai lewat malam tapi tertinggal subuh. Apa guna jon?!

Okalah gua sedar entri kali ni ada berunsur keinsafan tapi pada masa yang sama ada ciri ciri yang menunjukkan aku bosan. Apakedehal. Mampus gua la. Blog gua bai!

Doakan gua berjaya ye. Tak brotherhood la kalau tak doakan.

assalamualaikum

p/s; Faris Abrar handsome gila. Gua rasa macam nak jadi gay bila berdampingan dengan dia. Sayang je gua straight.

No comments: