Wednesday, September 1, 2010

oh you so fine

Ramadhan dah nak habis dah and damn yeah I'm looking forward for raya. Secara kasarnya, sepanjang bulan puasa ni aku rasa macam size pinggang tak berubah. Makin tambah adelah kot. Kot laa. Aku tak ambik tape and measure macam Zaki selalu buat. Other than that aku rasa bulan puasa ni macam normal. Macam tahun-tahun sebelumnya. Walaupun aku tak dapat tau exact number of pahala yang aku gain bulan ni, tapi aku agak jumlahnya sikit. Harap-harap tak close to sifar la kan. InsyaAllah.

Makin nak raya ni makin kuranglah yang menjenguk masjid untuk bertarawikh. Semua dok sibuk tengok video Hana Zati nyanyi lagu Fynn Jamal. Ntah siapa Hana Zati ni pun aku tak tau. Bukan dia tambah duit alaun aku pun kalau aku kenal dia. Tapi disebabkan jumlah 'member' di facebooknya yang mencecah lebih 5 ribu orang, automatic aku agak dia hot. Aku agak laa. Pendapat ikhlas aku tak bermakna dia hot. Ok, on a second thought, maybe dia taklah hot sangat. Mungkin dia cool sikit je. Tak hot tapi cool la. Cool sebab dia pandai main gitar. Aku pandai main kompang tak kecoh pun.

Ramai jugak heroin baru yang mempunyai impian untuk jadi the 'next Yuna'. Mulalah ramai yang post video main gitar sambil memakai tudung labuh dengan harapan untuk menambah jumlah rakan di facebook dan in the near future, beraksi di atas pentas Jom Heboh serta berendam dalam majalah ilmiah terkenal, Mangga. Video porno yang melibatkan awek bertudung dah tak pop dah. Sekarang awek tudung main lagu Deeper Conversation. Baru masuk scene!

Takpelah, kalau itu kayu ukuran menjadi cool, cuti sem ni aku kurung diri sendiri dalam bilik, bukak buku GUITAR FOR DUMMIES, and tak buat kerja lain melainkan belajar main benda bertali tu. Dah pandai main bolehla aku post kat Youtube. Biar awek satu Malaya rasa aku cool. Yang brader-brader pulak rasa menyampah.




HAVE FUN WITH YOUR NEW BRANDED T-SHIRT FOR RAYA. YOU'RE NOTHING BUT A WALKING BILLBOARD.

1 comment:

. said...

aku tunggu video kau.hak3