Thursday, September 16, 2010

pelangi palat di esok hari

Assalamualaikum kawan-kawan dan good day Katy Perry


Harini mood gua ada sipi-sipi nak carut. Ada ke venue exam finals ni gua kena duduk kat block kayu. Takde aircond. Gila babi tak bersyukur. Tapi apa aku kesah nyah! Ni dah kira diskriminasi ni. Apa gua student law takde hak nak rasa aircond ke bai? Lu pemimpin organisasi yang membuat percaturan kedudukan exam mesti baca Utusan Malaysia kan? Lu dah kena sogok dengan berita pasal certain "peguam berpangkat datuk" yang macam haram jadah pergi murder janda Nash. Weh lu mess with janda Nash lu mess with gua la! Buat malu profession! Sekarang siapa rasa susah? Budak-budak course undang-undang lah!

Okay bertenang sikit.

Oh rakan-rakan yang nak fly, gua nak ucap selamat terbang. Bagai kucing parsi menjelajah negeri Siam nak cari bini. Takde aral melintang aku nak jugak hantar pergi airport. Malang ah ada aral yang melintang. Aral tu bukan saje je nak melintang time-time ni. Aku ada exams. Finals pulak tu. So alang-alang korang baca doa makan atas flight tu, doakanlah aku dapat score paper arab. Berkat wa cakap lu.

Gua kirim salam tulus ikhlas pada yang nak terbang. Jangan lupa aku yang terdampar kat negara tercinta ni. Ada hikimah. Nak ajar aku jadi patriot kot. Nak ajar aku laung 1MALAYSIA!! Budak-budak pandai, jangan lupa dengan siapa lu bual pasal scene pornografi tempatan. Tak brotherhood ah kalau lu lupa.

Ok jap. Aku gurau je pasal bual tentang pornografi tu.

Bersifat munafiklah kalau aku cakap tak jealous. Aku nak jugak rasa kena sponsor. Macam rasa ada sugar mummy pulak kalau ada orang sponsor ni. HAHA bayangkan JPA masuk majalah ilmiah Mangga sebab kononya "sponsor artis perempuan picisan yang kalah akademi fantasia sebuah kereta Satria Neo."

Whadefak tak jealous. Of course aku jealous. Aku pun nak rasa jugak duduk merantau di negara orang. Tapi takpelah lambat laun I'll get over it. Jangan risau. Have fun jadi foreign student. Jangan lupa adat orang melayu. Orang suruh datang pukul 6, pukul 8 baru sampai. INGAT TU!!

Eh takyah serious sangat. Aku gurau je. Jangan ikut nasihat aku.
Bak kata M.Nasir dan Spider, "Di mana bumi dpijak, di situ langit dijunjung"

Okay lah. Akhir kalam,
mesra, cepat, dan betul


p/s; Doakan aku berjaya memahami subtopic doctrin of binding precedent. Aku tanak lecturer kecik hati bila aku fail exams

No comments: