Friday, October 15, 2010

dari jemapoh ke trafford tua


Seorang muslim yang baik pernah cakap yang tempat yang dia paling nak pergi adalah Makkah. Dekat dengan Allah katanya. Cliche. Gua respect pandangan dan impian dia. Tapi gua bukan muslim yang baik. Gua try nak jadi hamba yang berguna sikit tapi gua boleh admit yang gua ni tak baik sangat. Sebab tu kalau lu orang tanya gua, mana tempat paling gua nak pergi, gua cakap Old Trafford. Duduk kat Stretford End, sambil tengok United sembelih City. Priceless.

Time sekolah dulu gua pasang angan-angan nak belajar pandai-pandai supaya orang tolong bayarkan gua belajar luar negeri. Gua idam sangat nak belajar kat UK. Bukan sebab education yang bagus sangat pun. Tapi sebab prospect gua nak jenguk Old Trafford cerah sikit kalau gua study sana. Well, impian tu maybe tercapai kalau slip SPM gua cantik. Malang ah. Slip SPM gua buat layak bungkus nasi lemak je. Nak menyesal pun tak guna dah. Gua redha. Patut gua sedar awal awal lagi. Gua dah tau Add Matths dengan gua dah macam laki bini dekat dekat nak cerai. Patut gua selamatkan. Nak bual sekarang pun dah tak guna. Nasi dah jadi bubur.

Ada schoolmate gua dah ada kat sana dah pun. Study. Dah jenguk Old trafford. Tangkap gamba bagi gua jeles. Good for him. Gua doakan dia sakses seadanya. Kadang-kadang gua fikir lucky gila babi budak ni. Realitinya, bukan lucky, but dia banyak berusaha. At some point there may be some luck on his side tapi tak jadi jugak kalau dia tak add in some usaha. Tuhan tolong orang yang berusaha. Luck yang gua sangkakan ada pada dia tu may be rahmat yang tuhan bagi sebab dia berusaha Entahla. Siapa gua nak judge. Tapi gua pegang pada prinsip bahawa kalau kita nak apa-apa pun kita kena berusaha. Doa at the same time & insyaAllah kita dapat.

Takde point gua pasang angan angan kalau gua tak gerak kejar impian tu. Gua niat elok elok nak study sungguh sungguh. So that one day gua mampu afford ticket flight pergi balik straight to Manchester. Pelan-pelan kayuh sampai jugak nanti. Sembahyang Isya' gua dah try tak lewat lewatkan. It's a start. Minor it is, but still a start.

Ok gua berangkat. Gua dah dengar bunyi orang main tetris kat blakang ni. WTF, siapa main tetris malam malam buta ni. Cuaks pulak/

Assalamualaikum

No comments: