Sunday, October 3, 2010

maya karin maya karin maya karin

Band favourite gua Weezer. Gua rasa Rivers Cuomo adalah seorang genius dari segi penulisan lagu. Kalau lu suka Weezer, gimme five. Yang tak suka, get a life!




Ok gua baru je lepas buat marathon movie. Aktiviti biassa lah, cuti. Kali ni gua pilih tema movie melayu sebagai tanda cium dan sappot terhadap Malaywood. Lepas Adnan Sempit gua layan Maya Karin dalam cerita Anak Halal. Gua ni bukanlah ada pengalaman luas dalam industri perfileman so gua rasa tak layak lah nak buat movie review. Kritikan gua macam tak boleh membina je. Ye lah gua ni bukanlah ada nama besar dalam dunia perfileman tempatan so orang mana la nak ambik perhatian terhadap pandangan gua kan? Better gua simpan je gelak gelak sinis dan kutukan pedas dalam hati. Bagi je tanggungjawab mengkritik tu kat anak Yusop Haslam. Gua dengar dia drifter. Cool bai!

Cuma apasal lah ambik Maya Karin jadi watak seorang anak jalanan? Kalau betul lah ada anak jalanan yang ada muka-muka decendents Sofea Jane, dah lama gua pinang. Tapi bagus jugak. At least dunia luar nampak yang negara kita ni ketandusan pelakon wanita buruk so diorang pikir negara kita ni semua orangnya lawa lawa belaka. Kira paling koman pun Maya Karin. Kalau Maya Karin paling buruk, imagine actress kita yang paling lawa? winkwink*. Subsequently, makin majulah industri pelancongan negara kita. Makin ramailah pak arab pak arab gatal datang Malayasia sebab nak bernikah. Maju sikit ekonomi. Ng Yen Yen pun senyum lebar je.

Cuti cuti ni selain tutor adik gua yang nak PMR, gua dah start main Championship Manager balik. Tapi gua main CM4. Tu game dari season bilaa tu. Lama bai. Season 2002/2003 lagi tuu. Tapi nak buat camne. PC gua ni uzur yang amat. Tak dapat support game engine for Championship Manager yang latest. Gua dengar dah ada 3D players. Jealous gila. Memang game from siri Championship Manager ni dah jadi feveret gua. Dulu gua main season 2003/2004 punya. Time tu mana ada beli beli cd game ni semua. Sorang beli, lepastu share share ramai ramai. Pakai crack yang membolehkan main game tak payah guna CD. Layan gila! Punyalah taksub main sampai gua menang champions league 5 kali berturut turut. World cup gua bawak Argentina menang 2 kali tu. Dahla time tu takde Messi. Gua guna Ortega je. Apa ada hal?

Mak gua pelik bila tengok gua fokus mengalahkan pemeriksa kertas UPSR bila main CM. Susah nak explain pada orang yang bergelar ibu ni. Cukuplah dia tahu bahawa anaknya itu bermain game yang tiada unsur pornografi. Dah cukup bagus dah.

Salah satu perks of main managerial football games macam CM ni adalah, as it's a real life simulation of the football world, aku at least dapat rasa secubit pengalaman jadi manager team bola. So bila ada isu di kedai kopi yang berkaitan dengan bola, gua boleh bagi pendapat. Gua bukan borak kosong. Gua pernah menang World Cup apa.

Lagi satu is, bila kita dapat tengok players kita develop through the ranks dari youth set up hinggalah ke puncak dunia. Best weh. Rasa macam dah berjaya didik anak. Boleh jadi bapak dah gamaknye! Gua pernah beli this one youth player. Gua train dia gila babi, kasi main game semua and bagi training regime yang mengalahkan PLKN. Last last dia menang Ballon d'Or. Siapa tak bangga beb. Siap bagi speech yang thank gua sebab tuu. Terharu.

Gua pernah jugak beli Akmal Rizal. Boleh blaa jugak la dia tu. Score dua tiga bijik tapi last last flop jugak. Gua loan dia pergi Juventus ke apa. Gua lupa.

So kalau korang tak pernah main game sebegini rupa, gua suggest pergi la beli. Try main. Buat perubahan sikit. Ni tak. Asal main game je, Counter Strike. Asal game je, Dota. Buat la penghijrahan sikit.

p/s; gua bosan ni. tu pasal cerita pasal game. padahal bukan hatkor gamer pun

No comments: