Friday, October 29, 2010

Negeri Sembilan Darul Khusus

Yang kiri, Affendi Malek

Ok let me get my facts straight. Memang gua duduk area PJ. Tapi suka hati gua lah nak sappot Negeri Sembilan. Gua sapot since kecik lagi. Effendi Malek player favourite gua time tu. And lagipun gua pernah sekolah kat Seremban apa. Kira layak lah gua nak sapport Negeri Sembilan. Hobin jang Hobin!

Gua dah memang setting nak pergi Bukit Jalil. Tapi apakan daya, ada aral melintang so gua kena pilihlah opsyen lain untuk tengok final tu nanti. Tengok kat rumah sambil makan keropok twistis pun best jugak apa. Yang lu orang kat stadium tu, jangan sibuk main mercun. Tengok jela bola tu jang. Sivik dan Kewarganegaraan dah belajar kan? Riot-riot ni semua amalan Mat Salleh. Kita kan orang timur.

Final Piala Malaysia memang dah jadi event yang ditunggu tunggu oleh rakyat Malaysia. Mengalahkan Champions League pulak atmosphere dia bila dah samapai final. Gua rasa fenomena ni memang bagus. At least players lagi semangat nak bermain dengan elok. Fans beribu sappot dari belakang. Gua harap diorang tak mengecewakan fans. Baik Kelantan ataupun Negeri Sembilan, gua expect a great game besok. Insyaallah Malaysia punya football scene boleh develop dengan lebih maju!

Macam gua cakaplah kan. Atmosphere bila tibanya final memang best. Gua ingat lagi last season punya final. Gua tengok kat sekolah. Penuh area TV tu. Punyalah harap Mat Hassan bagi cuti kalau Negeri Sembilan menang. Hampeh. Besok gua pergi sekolah macam biasa. Tiada cuti, tiada gembira. Mat Hassan kena jaga work rate pekerja sektor awam. Kalau cuti je selalu tak jalanlah pentadbiran negeri. Cayalah Datuk!


Oh and gua baru sedar politik dan bolasepak tak boleh campur. Bukti?
Gua quote Mat Hassan,

"Ingat, apabila kita turun di Bukit Jalil, tumpuan kita hanyalah KEMENANGAN. Jangan fikir benda lain. Kita tak mahu kalah atau SERI sebab Negeri Sembilan sudah sampai ke kemuncak Piala Malaysia."

Datuk, game final mana ada SERI.

No comments: