Saturday, October 30, 2010

tahun depan masih ada. takpe

shot majalah mangga. pelakon terbaru yang sexxay!

Hari Raya haritu gua ada tengok ini movie tajuk Budak Kelantan. Gua rasa patut buat sekual cerita tu. Budak Kelantan 2 : Balada Tolong Tolong Kakiku Cramp. Kasi player bola Kelantan berlakon sebab gua rasa mereka ada bakat acting. Pandai diorang berlakon sebagai orang sakit. Lepas lead, sekor sekor tunjukkan gaya lakonan terbaik. Ekpresi muka ketika berguling guling menahan kesakitan memang best actor material. Semua orang percaya yang diorang cramp. Efektif betol lakonan. Tahniah! Apa lagi Yusop Haslam? Ambiklah Daudsu berlakon Gerak Khas.

Ada hikmah jugak gua tak pergi tengok final kat stadium. Melayang RM 30 gua sia sia je. Gua bayar tiket tengok bola. Bukan teater muzikal. Semalam gua tengok kat Universiti Malaya. Member baik gua cakap atmosphere tengok bola kat sana lebih kurang kat stadium je. Meriah. Gua pikir bagus jugak tengok bola kat sana. Dapat lah kill two birds with a stone. Sambil tengok bola, boleh gua melawat rakan rakan lama. Time gua drive pergi UM tu, gua dapat rasa skill driving gua makin baik. Mana taknya. Sehari sebelum final tu gua main Daytona 3 kali beb. Menang pulak tu. Drive betul pun gua rasa macam main Daytona. Lu orang nak power drive? Mainlah Daytona!

Semester kedua gua di pusat asasi universiti boleh disumpulkan sebagai separa ok dan separa faktap. Faktap sebab gua sekor je lelaki dalam kelas tu. Takde gang nak mengumpat dan mencarut. Ok sebab schedule gua heaven. Kelas gua rata rata start pukul 12. Lu try buat kira kira anggaran berapa lama gua boleh tido. Lepastu lu buat konklusi. Schedule seken sem gua heaven ke tidak. Tapi insyaallah gua tak salah gunakan advantage kelas lambat ni dengan bermalas malasan. Gua patut gunakan time time ekstra tu to study. Tapi dah macam dah sebati dengan diri gua yang pemalas ni untuk bermalas malasan. Lu doakan jela gua tak malas ye.

Oklah gua dah berlengas ni. Tak mandi lagi. Layan nasi goreng mak gua pun best jugak ni. Apa apahal gua mandi dulu. Ciao, Assalamualaikum

p/s; babi melodi kutuk negeri sembilan kalah. farah fauzana retard

No comments: