Thursday, November 25, 2010

kayu hoki tua

Oh gua tak kecewa Malaysia kalah final Hockey Asian Games tadi. Sebagai seorang pemain hoki amatur, gua berpendapat Malaysia main okay. Cuma Sohail Abbas terlebih terrer. Despite gaya rambut yang mengarut, gua rasa team Malaysia boleh kita classify macam Arsenal dalam konteks bola sepak (pada yang tak follow hockey tapi cukup patriot untuk menyokong team Malaysia) - team cukup kuat namun gagal memenangi kejuaraan. Takpelah. Moga-moga, next time kalau player Malaysia spend more time on the training pitch rather than in the hair salon, insyaAllah kita boleh challenge for more glory. Malaysia boleh!

Gua rasa gua memang tak berbakat dalam sukan. Gua kaki bangku dan tak cukup laju nak main ragbi. Tapi gua ada sikit soft spot pada sukan hoki. Gua start main awal. Darjah empat seingat gua. Gua try dalam 5-6 kali jugak nak main untuk team sekolah tapi Cikgu Naza si pedo merangkap coach hoki tak berminat nak select gua. Gua tak cukup terer or ramai sangat yang lagi terer kot. Takpelah. Gua cuba jugak. Sampai lower form baru gua dapat rasa main dengan kompetetif. And the rest is history as they say.

Gua rasa hoki ni satu permainan yang artistik. Bola sepak orang cakap cantik tapi gua rasa hoki handsome. Hoki bagi gua adalah satu permainan teknikal. Bunyi perkataan "teknikal" tu sendiri dah boleh kasi lu gambaran yang player hoki semua macho hehe. Kepentingan teknik dalam setiap pergerakan membuatkan gua tertarik sama ini game. Kebolehan mencorakkan permainan dengan menggunakan tangan dibantu dengan kayu hoki yang setia - cukup ART! Walaupun ini game guna bola kecik, lu jangan kasi perlekeh ini sukan. Ini game lelaki sejati!

Satu perkara yang buat gua suka game ni is the feeling of being part of a team. Gua rasa ada sense of belonging bila bersama sama teammates. Permainan artistik dan teknikal ni dishare bersama-sama rakan satu team. Keringat kita semua kerah bersama. Gua rasa tu sebenarnya fungsi sukan yang sebenar. Persaingan bukan berfungsi untuk bermusuhan tapi untuk mengeratkan lagi persaudaraan antara kita semua. Minat yang sama, matlamat yang sama. Persaudaraan boleh tercipta.

Gua lucky dapat teammtes yang best. Semua supportive dan tak kurang hebat juga. Team hoki SMK Menjalara and Sains Seremban, anda hebat!

Gua dah lama tak pegang stick hoki. Harap-harap satu hari nanti gua dapat main semula. InsyaAllah

Majulah hoki untuk saya, majulah hoki untuk negara:)

p/s; SASER old boys, bila nak challenge team hoki sekolah? Bagi orang lama kasi tunjuk ajar hoki sebanar pada budak budak hingusan hehehe

No comments: