Sunday, November 28, 2010

saya sayang pak guard saya:)

Gua rasa lelaki buncit itu seksi. Kenapa? Sebab gua pun buncit. Bila gua duduk, perut gua akan menghasilkan lipatan-lipatan kemas dan mampu membuat ramai orang jealous. Gua bet lu orang yang tengah baca ni pun ada rasa jealous dan terpanggil untuk membuncitkan diri. Apa macam? Join the club and be buncit lah!

Lu orang yang ada six pack memang tak dapat nikmati dunia!

Kepala hotak. Gua dah tak tahan sangat kena bahan dengan rakan-rakan pasal kebuncitan. Itu pasal gua rasa terpanggil untuk membahan diri sendiri. Besok petang gua berazam nak turun padang jogging + bersukan. Dulu time sekolah gua memang tak ada masalah buncit-buncit ni pasal makanan dewan makan sekolah memang tak mampu buat gua buncit. Makanan pusat asasi universisti? Cukup zat sampai boleh menyumbang kepada kadar obesiti! Makcik cafe, this is nothing personal. Saya bukan nak membikot tapi dengan memakan makanan yang dimasak makcik, saya mungkin akan jeopardizekan masa depan saya nanti. Takut takut Lisa Surihani tak nak kahwin dengan saya kelak. *jokin jokin. Saya tak nak kawin dengan Lisa Surihani lah Cik significant other. hihihi

Gua akui lifestyle gua di alam universiti dah rupa (Insert binatang besar dan malas. Gua tak tau). Makan, minum, tidur, dan main Counter Strike. Tu jelah rutin seharian. Kadang-kala masukkan sekali aktviti study sebelum aktiviti Counter Strike tu. Tu jelah. Dah tak ada lagi aktiviti bersukan ataupun bersenam yang ketika bersekolah dulu gua amalkan dengan dedikasinya, Nak kata badan gua fit macam Zakur Zaki tak lah jugak tapi gua takdelah sampai tahap membuncit. Tu pasal lah gua dah tekad nak mulakan kembali aktiviti menyihatkan badan bermula pada esok hari. Kalau training regime ala-ala askar Puak Kurdis gua jalankan, pasti kesihatan gua terjamin.

Gua bukan cerita kosong ni brader! Gua dah semangat ni. Semalam gua ada angkut beberapa rakan-rakan lompat pagar dari pusat asasi semata mata nak bawak derang pergi Uptown untuk beli outfit bersukan. Disebabkan rasa bersalah mastermindkan aktiviti kurang sihat tu, gua bukak keset orang mengaji dalam kereta. Kitorang budak baik. Mana pernah fly-fly ni semua. Langgar peraturan sebab nak beli seluar seteng (3/4). Sanggup tu. Bagi gua ni satu jihad! Yelah bila dah ada seluar seteng, nanti senanglah nak bersukan. Tutup aurat! Cukup semangat bukan?

Bila dah bersukan dan bersenam, senanglah kami nak menjalani kehidupan seharian. Konfiden tu datang. Bukan macam pak guard buncit menggelebeh yang tak mampu berlari kejar students yang nakal hihihi. Doakan gua sihat sejahtera. Gua janji kalau buncit hilang, gua takkan berlagak sama lu orang. (Y)

Pesanan khidmat masyarakat; Don't mess with the pak guard!

No comments: