Sunday, November 21, 2010

time runs like a bangsat on fire

Lu suka Incubus? Gua suka Incubus. Dengarlah nescaya telinga jadi fresh!


Time kecik gua boleh kira sebagai anak yang obedient. Gua takde nak rebel-rebel. Perangai syaitan gua tak suka. Mak gua cakap makan gua makan, mak gua cakap minum gua minum, mak gua cakap tido gua tido. So bila dah jadi gitu, gua jadi social outcast bila pergi sekolah. Conversation gua tak dapat join sebab rakan rakan gua suka cerita pasal wrestling. Gua tak tengok wrestling sebab mak gua tak kasi. Lagipun time tu gua ada bedtime. Sharp pukul 9.30 gua dah kena lelap. Wrestling pukul 10 lebih kalau gua tak silap. Lama kelamaan, gua jadi fedap bila tak dapat bersama-sama diskas pasal Undertaker. Gua nak tengok tapi rasa uber bersalah sebab langgar perintah ibu bapa. Tapi apa nak buat pengaruh rakan sebaya kuat. Gua dah nekad. Dapat jeling sekilas jambang The Rock pun dah cukup berpuas hati dah time tu.

Gua setting satu malam Isnin yang bersejarah, gua nak try tengok wrestling. The whole day gua pastikan perangai gua pada tahap tebaik ala-ala tokoh pelajar supaya takdelah mak bapak gua ungkit kesalahan lain if gua kantoi. Gua plan ahead bai. Genius. Gua patut dapat recognition macam budak Adi Putra tu sebab gua rasa pintar time tu. Homework pun gua buat dengan efisyen depan mak bapak. Gua expect kalau mak bapak gua happy, diorang tido lena. Dah tido lena gua agak kuranglah risiko kena tangkap tengok lelaki separa bogel bergasak.

Malam tu bila time dah sampai, gua riki-riki line clear ke tidak. Gua bukak itu televisyen and turunkan itu volume sampai gua sorang je boleh dengar Stone Cold mencarut carut. Of course lah gua bukak bila mak bapak gua dah masuk tidur. Gua rasa genius. Gua dah defy mak bapak dan dapat tengok wrestling. EUREKKA! Tapi gua naive lagi masa tu. Sayang. Plan dah berjalan lancar. Gua lupa wrestling punya amount of lighting lagi banyak dari i-city. Mak bapak gua terjaga jugak sebab silau wrestling boleh sampai satu rumah. Telinga gua kena piat. Besok dalam kereta menuju ke sekolah gua kena ceramah.

Tu semua 1999 punya cerita. Sekarang gua dah besar. Gua dah sedar wrestling wrestling ni semua konsprasi Free Mason. Whadefak.

Gua sedar ini penulisan macam gampang. Do me a favor and like jelah. It'll make me feel better. What can I say, I'm a desperate hobo

No comments: