Wednesday, November 24, 2010

tuhan tu tolong.

Rakan gua baru dapat berita bahawa ibunya berada dalam keadaan koma. Dia cuba berlagak seperti biasa semasa gua pergi menanyakan khabar dia tadi. Dia cuba untuk ceria. Dia tak nak bebankan rakan rakan dengan masalah peribadi gua agak. Tuhan saja yang tahu apa yang dia rasa dalam hati. Gua respect dia sebab dia tabah mengahdapai segala dugaan. Gua percaya ni semua tuhan saja nak test iman kita kuat ke tidak. Tak payah meratap bila kesusahan. Doa tu penting. InsyaAllah tuhan tolong.

Gua tak dapat bayangkan kalau gua dalam posisi sebegitu rupa. Gua tak taff, lembik you might say. Dugaan-dugaan dan cabaran sebegitu rupa gua takut nak handle. Sebab tu bila gua lihat orang lain menghadapi dugaan besar dalam hidup gua doa-doa sungguh sungguh agar tuhan tak cabar gua sebegitu rupa. Gua may sound selfish tapi apa lu orang expect? Gua admit yang the idea of ahli keluarga terdekat especially parents gua dalam kesusahan sangat membuat gua sakit. Gua tak sanggup. Tapi macam orang selalu cakap lah. Kita susah nak appreciate orang bila dia ada depan mata. Bila dah tak ada baru nak terasa. Gua rasa gua tergolong dalam kelompok manusia sebegitu rupa.

Gua tak appreciate apa orang orang terdekat buat untuk gua. Mungkin gua tak pernah rasa kehilangan. Gua ada member yang kehilanagn orang tersayang seawal umur 13 tahun. Tiap kali gua imagine macamana rasa kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi pada orang yang berumur 13 tahun membuatkan gua takut. Tapi takut cuma tinggal takut. Tiada actions gua buat yang boleh mebahagiakan orang terdekat. Di sini gua dengan sejujurnya berkongsi dengan lu orang. Gua nak berubah. Gua tahu yang gua tak pernah di beri dugaan sebegitu rupa oleh tuhan. Gua bersyukur. Moga-moga gua dapat mengappreciate orang orang terdekat especially ibu-bapa lepas ni.

Pengalaman rakan rakan akan gua cuba jadikan teladan. Harap-harap gua dapat jadi manusia yang kuat dalam menerima cabaran hidup. Kepada kawan kawan gua yang kehilangan orang tersayang, tabahlah. Tuhan tu maha adil. Gua hanya mampu memberi sokongan dari belakang. Kita sama sama tempuh dunia ini. InsyaAllah.

No comments: