Tuesday, December 7, 2010

balada random patriot kecilan


Buat apa Aidil bila kita ada Mahali Jasuli!

Adik gua bercakap dalam Bahasa Inggeris menggunakan American accent. Bunyi kasi gua menyampah. Ni semua fasal dia suka sangat tonton How I met Your Mother. Gua personally tak berapa gemar cerita tersebut sebab pelakon utamanya tak ada gaya pelakon sitkom. Jangan tanya. Gua susah gua nak explain. Kalau lu orang sayang gua, lu terima je. Jangan tanya macam macam. Nak tau muka macamana patut rupa pelakon sitkom? Lu cuba tengok Bulletin Utama. Lagi kelakar dari Accapan. Tu baru sitkom!

Gua rasa adik gua patut menjadi lebih patriotik sikit dan menyokong bahan komedi buatan tempatan. Bukan tak boleh tengok rancangan rancangan konspirasi Freemason dari barat tu tapi janganlah lupa orang Malaysia. Gerak Khas siapa nak tengok kalau semua tengok Chuck?

Tadi Malaysia lanyak Laos dan bagi gua puas! Masuk seken round. Tahniah. Kalah dengan Indon apa ada hal. Tu enjin belum panas. Tunggu harimau-harimau handsome berbaju ketat mengaum lah brader! Gua nak jadi patriot and sappot all the way. Menang atau kalah belakang cerita. Next round ada main kat Bukit Jalil kalau tak silap gua. Memang gua nak kumpul duit minyak buat modal pergi stadium. Ron95 dah naik! Jersi baru negara pun gua dah beli. Online lagi tu. Of course lah tak beli yang original. Dah gila? Gua student lah brader, belum berkerjaya. Gua beli from this site. Lu orang trylah. Memang gua jamin berkualiti sebab before this dah pernah beli. Apa-apa pun, gua expect the best from team Malaysia. Sampai bila kita orang muda nak tadah telinga dengar orang-orang tua bercerita tentang Mokhtar Dahari? It's time for us to witness greatness in biblical proportions pulak lah!

And gua start minggu depan dah exam mid-sem. Gua cuba nak buat endah tak endah tapi memandangkan akak-akak seken year dah semangat bukak buku study, nak tak nak gua kenalah turut serta. Ingat lu orang je nak berjaya wahai kakak kakak seken year? Oleh itu, gua harap lu orang semua doakan gua. Jangan lupa sekali dengan team Malaysia. Matalamat dua-dua sama je. Nak berjaya. Walaupun rambut Amirulhadi macam sakai, dia tetap nak berjaya apa.

Akhir kalam, doakan kejayaan gua, dan assalamualaikum.

No comments: