Thursday, December 16, 2010

bersopan sedikit, ini entri hari jumaat.

BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! BANG! Klik. Klik. Klik. Klik.

Gua mimpi, klimaksnya gua bunuh Doraemon, bising sangat suruh gua bangun. Fikir gua Nobita? Lu kejut apahal?

Gua bangun pagi tadi rasa sakit pinggang. Rupanya semalam gua tertidur kala baru bukak buku nota. Solat subuh cepat cepat, bukak buku telaah sikit-sikit. Pukul lapan karang ada exam. Gua makan roti, cicah Milo panas. Semua tu roomate punya,. Diorang belum bangun tido, nanti bila dah bangun gua bagitau yang gua ambik sikit. Kalau gua lupa, akhir tahun kelak gua mintak derang halalkan. All's fair in love and early morning breakfast.

Soalan cliche pada orang yang bakal ambik exam, "Dah study?" Gua hargai effort lu yang kononya nak concern tapi beribu kali tanya pun jawapan gua konstan - belom, gua tak sempat kaver semua topic yang bakal keluar dalam exam. Gua pergi stadium malam Rabu jadi patriot thus tak sempat study. Gua lagi pentingkan penyertaan dalam sokongan pasukan bolasepak Malaysia daripada masa depan gua di universiti. Kalau ada lu orang tanya study tak malam Khamis? Gua jawab tak. Gua main FIFA 11. Pengaruh rakan sebaya. Bahaya. Di pagi subuh Jumaat yang hening tu, gua revise untuk sedapkan hati. Baca secara random dengan harapan keluarlah sikit-sikit benda yang gua baca. Gua hilang punca. Masa makin suntuk. Tengok jam dah 7.15. Mandi pun belum, gua kena mandi. Konsider pergi ambik exam dengan keadaan tak mandi. Dah gila? Gua baru baca suku buku! Tak sempat nak pentingkan kebersihan apa jadah. Tapi di dewan nanti ada guru. Guru pula perempuan. Guru perempuan tidak suka pelajar lelaki selekeh. Gua mandi untuk menjaga berkat ilmu. Takut guru kecik hati dengan penampilan gua. Guru kecik hati, ilmu tak berkat. Capai tuala corak Pikachu konspirasi yahudi pergi tandas mandi. Sambil mandi, hati kecil gua doa agar dapat jawab dengan cemerlang. Kalau tak pun, exam batal. Gua lagi tekankan doa yang exam batal. Tak senonoh gua doa dalam tandas. Tapi apa boleh buat, gua kesuntukan masa. Usai bersiram, kembali ke bilik, rakan-rakan sebilik sudah bangun. Gua lupa bagitau pasal roti dan milo.

Pukul 7.55 pagi, sama sama turun ke dewan, berpenampilan boleh tahan. Hati dup dap dup dap takut lupa fakta kes. Risau doa tak termakbul tapi yakinkan diri tuhan maha tolong.

***

Pukul 8.15 pagi, gua balik bilik. Exam postpone. Doa gua dalam tandas makbul. Alhamdulillah

p/s; pasal exam gua tak dapat fokus selebret landmark 9 bulan dengan signifikan other. saya mintak maaf. exam, lu boleh piss off

No comments: