Monday, December 27, 2010

nia ramadhani tukar kewarganegaraan



Bukan selalu gua dapat kebebasan dari mak bapak. Gua ada curfew. Kadang-kadang je mak bapak gua kembali ke zaman hippy diorang dan bagi gua sikit kebebasan. Sejak belakangan ni, mak bapak gua makin kurang tight dengan rules perihal keluar malam. Gua decide nak ambik kesempatan sikit. Gua tak plan nak pergi disko or main judi tapi, gua figure out agak best kalau dapat follow arena sukan tempatan dengan lebih hatkor. Maknanya, pergi ke venue sukan untuk sappot secara live! Dari dulu gua dah berminat dengan arena sukan tempatan. Tapi takdelah sampai pergi stadium. Gua memeriahkan ruang tamu rumah je tengok tv. Bermula dari Piala Thomas haritu dan seterusnya bahang Piala AFF di stadium nasional, gua makin ketagih dengan adrenalin rush bila tengok sporting events live! Gua tak rasa sense of belonging bila sappot Manchester United. Sebab tu gua rasa sebagai anak Malaysia, gua tetap kena sappot liga tempatan walaupun setahi mana player kita main. Bagi je sokongan. Rakyat Afrika Selatan tak kecoh pun Kaizer Chiefs main macam laknat. Diorang tiup jugak vuvuzela tanda sokongan. Gua nak jadi macam tu.
Kalau cerita pasal Liga Malaysia, gua boleh mengaku kesetiaan kepada pasukan Negeri Sembilan. Gua pun tak tahu apa pasal boleh support itu team tapi setelah gua sekolah selama 2 tahun kat Seremban, gua agak gua layak nak sappot N9. Tapi tak true lah kalau gua duduk Petaling Jaya tapi haram tak sappot Selangor. Awal-awal penglibatan Bambang Pamungkas dalam arena bolasepak negara haritu, gua ada tukar allegiance. Gua jadi glori hunter sikit sappot Selangor. Tapi lepas Selangor makin epic phail, gua start balik sappot Negeri Sembilan. Lepas gua dah dapat lesen nak drive ni, gua berfikiran bahawa better gua start sappot Selangor balik sebab jarak nak ke Shah Alam stadium memakan lesser minyak dari stadium Paroi Negeri Sembilan. Thus agak relevan kalau gua start sappot Selangor balik. Minyak makin mahal. Gua taknak mak bapak gua jatuh bangkrap kalau tiap minggu gua gerak Seremban. Gua masih anak yang soleh brader! Apa-apa pun, next stop, Piala Sumbangsih. Kelantan versus Selangor. Lepas riot dengan fan Indon, gua nak try lawan locals pulak!

Ini baru hooligan!

No comments: