Friday, December 3, 2010

lu boleh tolong suggest tajuk tak?


Nostalgia lah sial, nostalgia! Gua rembat dari blog anas.

Lu perhati betul betul gambar di atas. Lu tenung dalam 5-6 minit, cuba spot gua. Gua bagi hint. Barisan tengah, nombor 2 dari kanan. Bila dah spot gua, lu orang cuba bagi kutukan yang membina. Takkan ayat nak kutuk pun gua nak ajar? Gua dah bagi lesen lu hina ni brader! Lu try la cakap gua sikit lagi nak sama kaler macam Acappan. Kalau lu peminat Disney lu boleh try cakap kalau gua audition nak jadi Snow White confirm tak dapat. Kepada yang minat dengan arwah Yasmin Ahmad, lu boleh cakap gua layak jadi model iklan Deepavali Petronas. Yang sayangkan bumi, gua cadangkan lu tanya "Mana lu hilang time Earth Hour haritu?"

Kasi hina gua puas-puas. Yang selama ni lu pendam nak kutuk gua, just let it go. Jangan risau. Gua gelak ni. KAH KAH KAH. Tak marah langsung. *buat muka comel macam Justin Bieber (Y)

Amacam? Gua bet lu orang tak dapat kutuk gua langsung. Satu patah kutukan pun lu tak dapat nak luahkan. Pasal apa lu agak fenomena tu berlaku? Jangan mengarut, gua tak pakai bomoh mandrem lu orang sampai hilang ability nak menganjing.

Sekali lagi gua tanya, pasal apa lu agak fenomena tu berlaku?

PASAL GUA HANDSOME GILA BABI DALAM ITU GAMBAR. FORM FIVE, TIADA JERAWAT, PERUT KEMPIS, RAMBUT TAK SAKAI DAN MUSCLE BERKETUL! APASAL GUA TAK HOT DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH PEREMPUAN MENJADI SATU MISTERI!

Hehehe apa salahnya gua nak puji diri sendiri sekali sekala. Confidence builder bai.

p/s; Jangan hina orang berkulit gelap. Risiko kanser kulit kami kurang. Hati-hati. Karma's a bitch. Ingat tu

No comments: