Tuesday, January 11, 2011

haktuih, sori kahak dah berkumpul

Gua yakin, tangan kanan gua sakit berdenyut denyut lenguh rasa macam nak putus ni takde kena mengena dengan karma hasil sikap panjang tangan. Gua bersukan. Orang bersukan memang sentiasa sakit kiri kanan kaki tangan. Ini bukan sebab gua mencuri. Jangan buat spekulasi. Gua dah lama tak mencuri. Last gua mencuri form 4. Baju t-shirt outing size M milik Anas gua citai dari ampaian belakang asrama. Tu pun sebab baju gua kena perembat dek senior. Babi

**********
Tapi pikir-pikir balik, gua belum rasa lagi pembalasan kes curi tersebut. Ni dah kena balas lah ni. Selama ni gua ingat akhirat nanti baru rasa kena balasan. Taubat tak curi lagi. Gua pinjam je lain hari.

No comments: