Sunday, January 23, 2011

maaf zahir batin

Ini serius. Gua tak tipu. Kita mahasiswa mahasiswa selalu sengkek. Bila duit alaun dah habis dek joli, semua benda sengkek, serba serbi fakir. Yang ada duit pun mengaku sengkek. Boleh join the scene. Walaupun lu anak orang berada, dengan mengaku sengkek lu akan jadi cool! Rasa macam working class. Baru padan dengan gaya skinhead hooligan yang lu cuba tonjolkan. Kalau lu sengkek tapi lapar at the same time, jangan pergi order Mekdi. Tu tak cool. Produk kapitalis! Cuba masak Megi sebungkus, campur 4 bungkus Mamee Monster. Rasa takdelah lahanat sangat. Boleh tahan baunya. Lagi menyelerakan dari makan nasi kosong bubuh kuah makan dengan serdak ayam. Ini ikhtiar hidup. Jangan mengada nak makan nasi goreng chiken chop tiap hari. Kadar inflasi makin meningkat you know. Kena berjimat. Minum air kosong watercooler tak mati punyalah. Pepsi tak rugi pun kalau lu tak minum sebulan dua. Bersusah sekarang, nanti bila lu dah kaya dan kahwin dengan Fasha Sandha, bolehlah lu bercerita tentang kesusahan lampau agar bini lu tak kikis harta atas dasar kasihan!

*******
Gua dah bagitau lu gua tengah sengkek? Dan gua cool sebab balik rumah tiap minggu. Dapat makan free.
Gua selit sekali gambar zaman kalau-lapar-jangan-risau-locker-Zaki-banyak biskut

No comments: