Monday, January 3, 2011

ni situasi sampah

Ni gua ada satu situasi. Orang bagi lu tanggungjawab nak buat satu benda. Orang yang bagi lu tanggungjawab tu kemudian berpendapat kerja lu rupa sampah. Sehodoh manusia pun lagi cantik dari kerja lu. Tapi sebab sifat brader yang bagi lu tanggungjawab tu memang mulia, dia takde nak kata lu punya kerja sampah secara direk. Nak jadi orang Melayu semua benda kena kalis. Tak boleh kata "kerja lu sampah" terang terang. Tu perangai Yahudi. Sifat bani Melayu mulia sikit. Cakap kena maintain sopan dan berlapik. So, macamana nak kata kerja lu sampah dengan cara penuh tatasusila?

Senang. Assign orang lain yang preferably handsome dan all-rounder untuk 'tolong' lu siapkan kerja sampah tu. Agak-agak apa lu rasa bila situasi ni kena lempar lu punya muka?

Kalau tanya gua, gua rasa macam sampah. Sampah pun lagi wangi dari muka gua. But hey, atleast orang takde kata kerja gua sampah secara direk. Kalau orang cakap gitu, gua duduk bawah meja sorang-sorang macam orang takde kemaluan tahan malu.

No comments: