Wednesday, February 2, 2011

hari ini hari sedih

Tahun 2009 dahulu gua ada sikit nasib baik dapat tengok Manchester United, pasukan paling bergaya di alam semesta main secara live di Malaysia. Stadium Bukit J haritu penuh kemain. Semua pakat pakai baju merah. Semua devil habis lah. Semua menyanyi lagu lagu memuji Manchester United walaupun orang Malaysia ni cuma tau lagu 'Glori Glori' je. Nevertheless, dah ghoman Old Trafford dah Bukit J hari tu. Patriot patriot, Harimau Malaya, Ultras Malaya semua belum masuk scene. Tu semua 2010 punya cerita.

Gua masuk awal jugak stadium itu hari. Harapan nak dapat seat menarik. Ye lah gua bayar tiket mahal mahal takkan nak tengok tiang bendera. Gua nak tengok Wayne Rooney pemain paling bergaya mengalahkan Luis Suarez si tangan tuhan metroseksual tu. Nasib seat gua boleh tahan menarik. Gua siap duduk tepi mat salleh Manchester, jangan jeles! Hak hak hak haktuih! Tunggu punya tunggu finally player satu persatu masuk. Satu persatu kena introduce guna microphone. Mangkuk betul orang yang introduce haritu. Dah lah lembab salah announce pulak tu. Hello brader, its Sir Bobby Charlton okay. Bobby Robson dah lama arwah! Gua takde nak heran time announce player Malaysia. Alah takat nak dengar orang announce Amri Yahyah baik gua suruh Boyak si suara emas announce. Ni gua tungu Manchester United punya player kena announce!

Gua tungu satu nama je. Gua tunggu nama Gary Neville. Gua tunggu nak jerit kuat kuat "Abang Gary ciumlah badge tu lagiii!" Gua tunggu nak lompat kegembiraan menandakan kesukaan player feveret gua datang Malaysia. Gua tunggu dengan senyuman mengalahkan Joker Why So Serius. Gua tungu punya tunggu sampai akhirnya "Number two, GARYYYYY NEVIILLEEEE!!"

Belum sempat gua sorak, ada satu pukimat botak ni dok boo abang Gary gua. Apa ini semua?! Lu kata sappot red side of Manchester brader! Gua time tu rasa emosi gila babi. Nak kata marah tak marah, nak kata sedih tak macho. Last last gua lupakan hal tu. Continue enjoice tengok Amri Yahyah.

*************

Tahun 2011, Gary Neville, player feveret gua, player yang mengambil alih mantle "Mr Manchester United" dari Roy Keane, player yang steady punya right-back, player yang benci sama Liverpool, benci pada Tevez dah bersara. Dia quit, kata dah tak mampu nak bermain pada level sebenar. Gua sedih, gua emo.

Kalau gua jumpa balik brader botak tahun 2009 tu lagi lepas ni, gua bukak jurus Wing Cun tepat kat leher jinjang dia. Dasar judas pembelot.


Gary Nevile is a RED, he hates scousers

No comments: