Wednesday, February 16, 2011

ini macam punya scoreline, leo messi pun ingat tuhan tau!

Bolasepak pagi pagi buta ni memang mencabar fizikal, mental dan juga keimanan. Gua kesian dengan budak-budak Barca ni. Sekor sekor muka pucat je bila Arshavin score. Kesian. Balik bilik tahan malu. Selubung diri dengan selimut. Kononya dunia luar tak dapat menambah luka di hati yang lara. Tu tak campur seksa kena bahan budak-budak Arsenal ni lagi. Kesian. Identiti pasukan sokongan mereka sebagai raja bolasepak berseni tercalar dek pasukan kendalian peadophile. Kesian!

***********

Namun begitu, gua lagi kesian dengan brader yang azan Subuh tadi. Sayu je bunyi. Macam mana tak sayu. Dah dia jadi bilal, dia jadi imam, dia jadi makmum. Macam social outcast dah. Takde siapa nak teman brader tu. Sorang sorang sembahyang dengan harapan nanti ada lah makmum latecomer yang 'tap' bahu dia nanti. Dapat jugak pahala jadi imam. Kesian!

Lu orang semua pergi mana lepas tengok bola? Membuta! Gua dah agak dah. Gua dah agak!

Baik lu semua istighfar cepat-cepat!

Gua cakap cepat!

No comments: