Sunday, February 27, 2011

karma keji

Ripin memang tak percaya pada karma. Tapi lepas malam ni, dia mungkin terpaksa terima - "What goes around, comes around." Arwah abah dia ada cakap, jangan lebih-lebih sangat tinggi diri. Karang kena batang hidung sendiri merana! Dulu Ripin tak percaya. Perlahan lahan sepanjang enam tahun yang lepas, Ripin mula telan sikit demi sikit kat kata arwah. Pahitnya memang tak usah nak cerita. Sakit tekak nak telan. Sumpah!

Enam tahun lepas Ripin cukup bongkak. Macam raja dunia. Ariffin si raja dunia! Dia tak pikir dua tiga kali bila bercakap. Kalau ada yang skeptikal dengan kata-kata riaknya, Ripin jadi bahagia. Tak ada benda lain yang menggembirakannya selain melihat orang lain benci dengan kata kata bongkak busuk yang keluar dari mulutnya. Mana dia sangka enam tahun kemudian dunia ini macam terbalik. Songsang. Kalau enam tahun lepas tatkla masih di bangku sekolah Ripin mampu gelakkan orang orang loser, kini dia yang jadi orang malu macam tak ada kemaluan. Dia terasa hina! Kesian.

Ripin sekarang dah tak macam Ripin dulu. Slow-slow dia berubah. Malam tadi dah tiba tahap klimaks. Ripin dah taubat. Dia dah tak tahan! Ripin dah mula tertanya tanya apa dosa dia. Andai kata besar sangat dosanya, Ripin mahu mintak maaf. Mahu mintak ampun. Taubat sungguh Ripin. Dah enam tahun dia tahan marah. Enam tahun dia tahan malu. Tahun pertama dan kedua dia boleh terima lagi. Tak ada rezeki katanya. Dah masuk tahun ke enam, Ripin mula rasa bersalah terhadap dosa dosa lampau. Dia cuba deny tapi tuhan macam dah bayar cash kat bumi. Orang riak selalu rugi. Ripin dah menyesal. Lepasni, kalau dia kembali berjaya, dia tak nak berlagak. Low profile je lepasni. Biar dia sorang gembira dalam hati. Tak perlu dia canang satu dunia pasal kejayaan. Sebab nanti orang suka remind pasal kegagalan.

Dah enam tahun, baru sekarang Ripin nak sedar. Keinsafan tu bukan benda yang senang nak dapat. Ripin patut bersyukur. Tadi Ripin jalan kaki balik rumah dari kedai mamak. Sampai rumah Ripin mandi, doa pada tuhan mintak ampun segala dosa. Kasihan Ripin

************

Gua dah bagitau lu orang ke belum Ripin ni fan Arsenal?

No comments: