Sunday, February 20, 2011

mesin mimpi doraemon


Malam ni gua tido, dengan harapan mimpi yang best. Gua nak mimpi ada kawan ramai. Semua stock-stock cool. Semua jaga gua. Semua sayang gua. Buat benda benda mesti ajak gua. Kalau gua takde diorang semua rasa janggal. Lepak sama sama, study sama sama berak je tak sama sama. Kawan kawan yang kalau gua ada masalah semua pakat tolong. Kawan kawan yang jenis bila gua murung, separuh mati try buat gua senyum balik. Gua nak mimpi ada member yang sama sama kongsi minat dengan gua. Tak minat benda yang gua minat pun takpe. Asal dia tak kondem dan sokong apa gua suka. Kalau boleh dalam mimpi tu nanti dapatlah rakan rakan yang berbakat dalam segala macam benda tapi tak lokek kongsi ilmu. Kasi gua join gang bakat bakat. Member member yang bukan nak berjaya sorang sorang. Tapi nak berjaya sama sama. Nanti bila kawan kawan tu bergurau gurau, sekali pun tak lupa ajak gua join bergurau. Dah ada kawan ramai ramai macamni, gua takde nak tangkap gambar sorang sorang pakai self timer dah. Tangkap gambar ramai ramai. Baru macam poster How I Met Your Mother. Kalau gua mimpi ada kawan kawan macamni, mimpi basah pun gua tolak tepi.

**********************

Dan dalam mimpi tu jugak gua harap dapat jadi kawan yang hebat bagi rakan rakan.

Well mimpi. It's a strong word. Ego itu adalah perkara paling lancau dalam dunia. Kalau takde ego, satu dunia bahagia. Itu yang gua rasa.

Kurniakan gua kawan-kawan model Victoria Secret, gua janji tak bising lagi

No comments: