Thursday, February 24, 2011

prodigi bolasepak bernama din

Abe Din memang ada karisma. Lagaknya segak. Jalan tegak, dagu dongak langit. Gah! Mana ada orang yang boleh challenge sama macam Abe Din. Jangan kata kampus PJ. Kampus Nilai, Gombak, Kuantan pun semua orang kenal dia. Boleh kata UIA ni tak lengkap kalau tanpa student bernama Abe Din. Pengaruh macamni, kalau dibina sampai hari dewasa, berkemungkinan besar Abe Din boleh jadi engineer yang main politik! Orang perempuan nak bersama dia, orang lelaki nak jadi dia! Macam Anas Saifuddin yang sukakan kamera analog, ataupun Amirul Hafidz yang suka menipu tarikh hari jadi, Abe Din pun ada kesukaan dia sendiri. Abe Din bernafas dengan bola sepak! Tiap tiap hari tanpa gagal Abe Din mesti bermain bolasepak. Tak kesahlah padang mahupun atas gelangang futsal, asal ada bola, disitu ada Abe Din. Abe Din memang komited! Tiap kali petang, kala orang maish lagi membuta, Abe Din dah turun padang. Setting training cone-nya sendiri, buat warm up. Dia berbisnes serius. Tak ada istilah main kampung atau main saja saja petang petang. Setiap permainan adalah seperti perlawanan akhir! Kalau nak bermain dalam satu pasukan dengan Abe Din, siap sedialah telinga. Abe Din memang kuat kritik. Kalau tak dapat main macam Kelantan, jangan mimpi nak main satu padang dengan Abe Din. Gagal bermain kemas sekali, seumur hidup Abe Din jeling benci! Abe Din tak kisah orang kalau nak kritik. Kapten bola UIA pun tunduk malu bila disergah Abe Din. Sebab itu Abe Din berani lantang kritik permainan hambar John O'shea (disebut olehnya oh shia bukan oh shey).

********************

Pelir Babi mu main gitu!

Apa macam Datuk Hasbullah 'makanan kegemarannya nasi lemak' Awang? Berani challenge Abe Din?

No comments: