Friday, April 29, 2011

201

Makin hari makin ramai manusia yang aku lihat suka membenci. Jiwa tu memberontak sangat. Kiri kanan semua tak puas hati. Kononya golongan minoriti. Kena fight the power, stick it up to the man! Ada sense of anarki. Punk habis. Kalau boleh semua benda nak bantah, semua benda nak persoalkan. Persoalkan pihak berkuasa, persoalkan undang-undang, persoalkan tuhan. Jiwa rasa rebellious. Rebellious maksudnya cool. Bila suka rebel maknanya dah jadi sama league dengan Che Guevarra. Boleh gang dengan Holden Caufield. Lepas rebel rebel, tengok V for Vandetta tak lagi rasa jaki. Aku belum rasa hidup susah sangat. Aku masih boleh makan minum sambil belajar. Aku masih boleh mencari kerja jika mahu dan berkesempatan. Aku boleh sara diri, belum boleh sara bini. Sara hobi boleh juga tapi kena beringat sikit. Jadi aku belum terlintas nak meberontak, persoal sana sini minta perubahan. Belum mahu menjerit minta semua benda ubah.

Kalau satu hari tuhan kata "Ok kamu nak sangat keadaan berubah. Sekarang nah ambik." Kamu agak masih ada golongan yang tidak berpuas hati? Kalau tiba satu masa aku rasa susah sampai tak puas hati, jangan lupa join ajak aku protes sana sini.

Kita sering tengok lembu di ladang sebelah dan menganggap lembu tersebut lagi baik dari lembu sendiri. Yang kita tak tahu, lembu sebelah tu sebenarnya ada syphilis. William dengan Kate belum tentu bahagia sampai akhir zaman. Besok tolong jangan mintak nak kahwin macam diorang.

No comments: