Tuesday, April 26, 2011

ini entri nombor 200

Sekolah rendah mengajar aku bahawa 1, kalau kamu terlalu banyak tagih perhatian, orang boleh rasa benci. Terlalu kurang perhatian orang tak kenal maka mungkin timbul benci. Sekolah rendah juga mengajar aku bahawa budak berumur 10 tahun tak mungkin dapat mengalahkan seorang guru yang berpengaruh besar dalam scene lawak loyar buruk. Lagi lagi kalau guru tersebut jealous dengan skill melawak kamu. Jealous jealous ni boleh datangkan benci. Bila guru dah benci kamu, rasa rasa rakan rakan pun turut serta tak? Bila semua semua dah pakat benci kamu, apa lagi yang kamu ada? Kawan imaginasi? Kalau dapat putar balik masa, mintak mintak bapak aku tidak kedekut nak sumbang duit PIBG. Berkemungkinan besar tak ramai nak membenci. Sangat

God, I hate 2002. Tahun tu aku banyak sangat kena buli. Budak umur sepuluh tahun kalau banyak sangat kena buli boleh datangkan musibah.

Tunggulah I jadi artis nanti. Sampai mati I tak mahu sign autograph kamu.

No comments: