Tuesday, April 5, 2011

kamu pikir rakyat jepun suka raja lawak?

Sudah sudahlah kamu semua ni dengan Hantu Mak Limah tu. Benda benda fad ni syok kalau kejap kejap. Bila dah berlarutan, certain-certain orang boleh makan hati. Macam zaman zaman gantung DSLR kat leher tu lah. Awal awal okay. Dah lama lama boleh jadi isu perdebatan benci. Taknak tukar scene baru? Revival senario ke. Seingat aku, dah lama tak dengar cerita Yassin Senario. Dia tu berbakat besar. Lucu juga kalau scene Senario ni naik balik. Yelah kita golongan golongan belia zaman kini kan membesar dengan lawak 'pet-pet gitu-gitu' bullcrap. Tak main lah Nabil Nabil ni semua dulu. Maharaja lawak pun tak payah nak maharaja sangat. Azlee senario terkejut dah sunat dalamm Senario the Movie lah baru true lawak. Kah kah kah lucu! Mana ada orang tak sedar dirinya tu dah bersunat. Takkan tak rasa angin kott. Kah kah kah lucuuu.

*********

Kalau tak pun suruh Bob Lokman buat lawak berunsurkan peringatan. Islamic sikit. Dengar cerita dia dah join PAS. Mesti terer bab bab kasi insaf ni. Yelah takkan nak gelak je manjang. Kasi ingat tuhan sikit. Gelak banyak boleh bawak mati kamu tahu?

No comments: