Friday, May 13, 2011

ibu bapa ayah bonda

Mak bapak kamu dengan mak bapak aku tak sama. Semua mak bapak berbezea. Tapi kalau ikut pemerhatian, beza mak bapak kamu dengan mak bapak aku takdelah besar sangat.

Perbezaan ketara yang aku nampak ialah, mak bapak kamu kesian kalau kamu buat muka sedih serupa kucing. Lepas kesian nanti mak bapak kamu pujuk serupa anak kecil. Dalam masa nak memujuk tu keluarlah kata kata sayang serta dorongan. Kamu pun nanti jadi lebih bersemangat untuk teruskan kehidupan.

Mak bapak aku pula tak suka aku buat muka kasihan mintak simpati. Simpati yang diharapkan pelempang yang diberi nanti. Makbapak aku tak pernah jumpa kucing kot. Ataupun aku ni hasil dari kelahiran anak yang tidak dirancang? Mak bapak aku baru nak memulakan kehidupan dengan mebina kedudukan ekonomi yang stabil, aku secara accident terkeluar. Memanglah mak bapak aku tension. Susu bayi kamu ingat murah? Lampin semua aku mahu yang berkualiti tinggi. I memang demand sejak kecil you.

Oh kalau boleh aku taknak pikir begitu. Mungkin aku tak seperti kamu yang membanggakan ibu bapa selalu. Aku ni jenis kasi conteng arang abtsrak atas muka ayah bonda. Memang patut dilayan sebegitu ropa. Takpe. Lain hari aku cuba jadi better.

Oh berdasarkan kajian yang teliti aku diskaver fakta ini. Jangan pinjam duit dari parents. Nescaya bila bayar hutang kamu akan ingat mak abah tak sayang kamu

Apa apa pun, saya sayang makbapak saya. Tak adil lah kalau aku minta tuhan kurniakan David dan Victoria Beckham jadi mak bapak kandung.
.

No comments: