Saturday, June 4, 2011

dara.

Krisis personal sampai bila-bila perlu maintain jadi krisis personal. Bila krisis personal jadi krisis kamu, aku, dan kita semua, krisis tersebut dah tak jadi personal lagi dah. Ianya dah jadi krisis kita bersama. Krisis bila sudah dikongsi, semuanya bisnes. Semuanya serius. Tak ada gelak ketawa. Semuanya serius. Kamu tak boleh gelak gelak hadapi krisis bersama. Tak serius nanti jadinya. Krisis KTM sesak, tariff naik, liwat dan rasuah adalah krisis bersama. Tak ada sesiapa pun gelak gelak diskas isu-isu tersebut. Nampak tak kena.

Kamu kalau jumpa krisis personal di mana mana pun khususnya laman laman sesawang, kalau boleh elakkanlah. Kalau kamu nak join jugak hadapi krisis orang lain lambat laun kamu boleh merasa benci. Benci ataupun hate bila sudah dialih bahasa menggunakan Google translate adalah sesuatu yang perlu kamu, aku, dan semua orang elakkan. Hate boleh mengajak kamu menyebar fitnah, menabur sumpah seranah dan juga profaniti kurang ajar. Tak dilupakan juga dosa dosa minor hasil umpatan. Jangan kata kamu tak mengumpat. Kamu fikir guru guru perempuan dalam bilik guru sahaja kah yang mengumpat?

Sudah sudah lah cerita pasal budak Form 2 tu. Aku tau berbual pasal masalah orang lain ni syok. Nothing beats social reprimanding. Tapi kamu kutuk-kutuk dia bukan selaput dara tumbuh balik pun. Benda dah jadi. Ulang-ulang diskas tentang 'what could have been' dan 'bagaimana future anak melayu' takkan mengubah satu sen pun. Lontaran vokal jadi bahan bullshit. Cakap-cakap kosong. Nabi tak suka kamu, aku, semua orang cakap-cakap kosong. Sama jugak macam nabi tak suka orang hilang dara sebelum nikah zahir batin. Dunia berubah bila kamu aku, dan kita semua ada the guts to do something about it instead of just talk.

Maruah banyak cara boleh jaga. Kutuk-kutuk, maki-maki di Facebook bukan salah satu cara nak jaga maruah. Bukan suruh kamu, aku, kita semua jadi ignorant. Nak betulkan orang lain memang niat murni. Tapi at the same time betulkan diri sendiri. Elakkan dosa dosa kecil. MUFC TILL I BLEEDING DIE YOU PRICKS

No comments: