Monday, June 6, 2011

menyampah

Dalam 19 tahun aku hidup ada lah dalam 2 tahun aku spend menulis kat sini. Dari zaman menulis lepas sekolah di lab computer sampailah zaman guna komputer riba. Up sikit. Dalam dua tahun tu macam macam aku cerita. Macam macam? Ah gelilah tipu diri sendiri. Fine. Smells ni takde benda lain. Aku cerita pasal United je. My blood bleeds red devils.

Baca baca balik entri entri lama sekarang baru aku perasan. Penulisan, kalau banyak sangat kamu ikut influence orang, boleh menyebabkan evolusi. Gaya penulisan tu kadang kadang boleh terikut dengan gaya orang yang kamu sering baca. Tapi tak serupa. Nampak macam penciplakan je nanti. Cheap imitation kamu faham? Macam tak beli Converse, settle dengan North Star. Tak beli Lancer, mengada beli Inspira. Kamu kalau bukan ditakdirkan lahir jadi orang funny, jangan cuba cuba nak copy John Hafiz. Sampai mati pun tak jadi. Bila tak ada originaliti, kepuasan tu tak datang. Kena cari gaya yang ngam ngam hoi!

Baca baca entri lama tadi. Kebanyakkanya tak habis baca pun. Sekerat jalan aku dah beralih ke older posts. Bukan apa. Seganlah. Lu gu lu gua. Aku pikir aku siapa? Awie?

Depan skrin. Dengan t.w main awak kita awak kita. Tipu diri sendiri lagi. Geli

No comments: