Friday, June 17, 2011

off form, kurang magis

Sori. Kurang menulis lately. Sedang off form. Bila aku paksa jugak menulis walaupun sedang off form, hasilnya lahirlah entri entri bangang macam Sarkas Sarkastik. Aku bosan tulis, kamu bosan baca.

Bila barang stimulate kick menulis dah sampai, aku janji tulis kat sini. Kamu semua doa doakanlah malamni aku mimpi dapat ilham buat kelakar funny funny. Boleh kamu semua baca sambil tersenyum simpul besok pagi. Bangun pagi-pagi, kalau belum gosok gigi, jangan baca sambil senyum. Cukuplah sekadar mengangguk angguk tanda faham. Tapi yang kamu bangun pagi tak gosok gigi dah bukak internet ni kenapa?

Sampai satu masa kalau idea datang tanpa cuti sakit tak bergaji, aku bagi assurance kamu semua akan OD dengan entri entri. Ecstasy kasi upper budak budak hipster dalam disko. Gang gang berilmiah macam kamu semua ni cukuplah sekadar baca Smells untuk dapat semangat. Ingat mak bapak. Jangan ambik Marijuana.

In the meantime, buat-buatlah paham taste music aku


No comments: