Sunday, June 12, 2011

sampai mati

Kau, aku, kita semua masuk sebagai kanak-kanak. Keluar sebagai orang dewasa. Masuk sebagai strangers. Keluar jadi brothers. Kau, aku, semua orang di bondkan dengan pengalaman, pembelajaran dan yang paling penting sifat setiakawan. Mana jauh pun aku merantau, aku tahu bahawa back home, I still have my batchmates, my friends. Macamana rasa terpinggir pun aku bila berada di environment lain, aku tetap percaya bahawa aku ada 220 orang yang takkan pinggirkan aku walau macamana pun. Kalau aku tak boleh depend dengan kamu semua, siapa lagi aku nak percaya. Aku percaya setiap seorang daripada kamu kerana kita semua terima pembelajaran yang sama. Buruk perangai kamu sehingga tidak boleh aku percaya maka buruklah juga perangai aku. Kenapa? Education kita sama. Education yang mencorakkan perangai kita semua. Bontot yang menerima tujahan rotan akan mengingatkan aku, kamu dan semua orang supaya berbuat baik. Bontot berbirat tulah education.

Old boys sama old boys kalau bergaduh tak brothers jadinya. Kita diajar untuk bersatu. Aku, kamu, kita semua diajar untuk pegang prinsip sepakat membawa berkat, bersatu teguh bercerai roboh. Kau, aku, kita semua satu darah daging. Sampai mati kita semua akan ingat yang kita pernah bergerak sebagai satu unit berbaju maroon dan bertie biru tompok tompok kuning sikit. Aku tak boleh janji tapi boleh cuba untuk menjaga permuafakatan bersama semua 220 orang tersebut. Aku pasti kamu semua juga berazam sebegitu. I'm Saser till I die. We are Saser till we die

No comments: