Saturday, June 11, 2011

yes, I'm talking to you daudsu.

Jap jap jap sekejap. Aku tak rasa kebebasan manusia untuk berdebat, berbincang tentang permainan bolasepak terhad dan ekslusif pada orang orang yang pandai main bola sahaja. Kalau begitu, dalam Malaysia ni, 30++(baca plus plus, bukan 3 ribu lebih) orang sahaja yang boleh berdiskusi tentang bolasepak. Yang lain i.e kamu, aku dan pemain-pemain bolasepak bawah 13 daerah sentul timur kena tahan suara, tahan pendapat tentang rasional perlawanan persahabatan menentang Liverpool. Kenapa? Mereka semua, kamu, dan aku akan nampak macam kaki bangku kalau nak dicompare dengan 30++ pemain first team Harimau Malaya. Aku tak suruh kamu compare dengan Messi. Nanti kamu tak jadi si kaki bangku. Lebih kepada si kaki kudung. Hasbullah Awang pun tak boleh cari makan lagi jika kebebasan mengulasnya disekat semata mata kerana tidah mahir jugel bola macam Ronaldo.

Bolasepak ni janganlah dijadikan bahan pemangkin permusuhan. Kalau kena kutuk kutuk berkisarkan isu bola sepak ni, anggap jelah itu sebagai gurauan. Ini benda art! Gurau gurau ni boleh rapatkan ukhwah. Ini bukan England kamu nak hooligan hooligan bunuh bunuh sesama lain lain fans. Aku membesar dengan persekitaran dimana 3 orang rakan baik aku menyokong pasukan pasukan yang berlainan. Kutuk kutuk sesama sendiri tentang bolasepak. Semuanya secara hardcore tapi waktu rehat persekolahan, masih lagi kami berkongsi makanan dengan gaya manja dan kasih sayang. Bolasepak tinggal bolasepak. Kuih karipap kau tetap aku nak rasa sikit.

Orang orang Terengganu kalau nak bahan para penyokong Kelantan silakanlah. Kutuklah selagi mampu. Sebesar mana pun Piala F.A tu, everything will be forgotten when the next game starts. Lepastu kutuk pasal benda lain pulak, pasal game lain pulak. Orang Kelantan pula simpan sahaja dendam 'manja' tersebut. Bila Terengganu kalah, balaslah bahan tu. Kutuklah manja manja balik. Asam garam bolasepak lah katakan. Baru puas. Revenge is a sweet dish served cold.

Oh by the way sebelum kamu semua mula mengutuk, wajarlah kamu bezakan kutuk manja dengan kutuk keji. Menyentuh soal budu, Rosalinda "Welcome to Malaysia" dan Nik Aziz bukan nak merapatkan ukhwah. Tu perangai haram jadah! Soal soal sensitiviti rakyat jangan canang-canang. ISA kamu nanti baru tau.

Cerita pasal own goal Daudsu takpe. Gaji dia besar walaupun tanpa rasuah. Tak luak pun kalau kutuk sikit sikit.

1 comment:

afiq said...

ntah, bukan kalau dorang menang gaji kau naik ke apa. kita tgk bukan nak main judi, tgok sebab style and art! Konscielny fak up, igt dia sengaja? sama la cam daudsu, asam garam kehidupan la menang kalah, yg penting, keep on going. bukan sekali je piala fa tu. gagal cuba lagi, susah la hidup asyik nak menang je.

p/s: from a neutral point of view, game smalam bapak best, penuh dengan drama and excitement! proud to be malaysian! ini lah yg kita nak!