Tuesday, July 19, 2011

mimpi kering

Aku tak reka reka cerita ni. Semalam aku bermimpi Manchester United, pasukan paling bergaya dalam alam semesta main. Lawan siapa kamu jangan tanya aku. Mimpi siapa yang realistik sangat sampai boleh tahu semua details kan? Ok dalam mimpi tu United berrmain cemerlang. Kiri kanan depan belakang mereka pass. Tup tap tup tap gol. Kasilah dalam 5 ke 6 minit selang setiap gol. Kalaulah aku tahu team mana yang kena tibai dalam mimpi tersebut, harini jugak aku pergi cari fansnya dan mendoggy(menganjing) non-stop.

Tapi dalam mimpi tu, surprisingly aku tenang je. Tak menggelabah macam Liverpool. Kalau menang besar pun tenang, kalah apatah lagi ye dok? Salute betullah dengan perangai aku didalam mimpi tersebut. Mr Cool habes. Jantan pujaan Malaya yang tak endahkan persekitaran dunia. Semua rasa simpan dalam hati bagi diri sendiri rasa. Dunia luar nampak aku tenang dan senyum. Confident lagi bergaya. Handsome!

Tapi macam aku cakaplah kan. Mimpi siapa yang realistik? Mimpi siapa pulak boelh jadi realiti?

No comments: