Thursday, August 25, 2011

hari raya buat ramli


Ramli tersenyum. Dah lama dia tak kirim surat. Ini zaman e-mail. Mana ada orang kirim surat pakai pos lagi. Pelan pelan dia lipat helaian kertas untuk dimasukkan ke dalam sampul. Pink warnanya. Ramli takdelah mat jambu mana cuma sampul putih dah habis. Nak ke pejabat pos, sudah larut malam. Lagipun pejabat pos mana yang bukak pada hari Ahad?

Surat sudah dimasukkan ke dalam sampul pink. Ramli letak sampul surat tersebut atas meja study. Penat mengulangkaji pelajaran, Ramli cuba nak lelapkan mata. Tapi matanya tak dapat berkoloberasi dengan rasa penat badan. Sejuk malam tu. Malam malam sebelumnya pun sejuk. Heater kediamannya rosak sedikit. Dah berkali kali report namun tuan rumah tak buat tindakan. Pikirnya orang malaysia saja yang buat perangai celaka rupa gitu. Rupanya Mat Salleh Irish pun sama jugak. Lagi kuat Ramli cuba untuk tidur, lagi kencang ingatannya pada keluaraga.

Hari raya tahun ni bukan tahun pertama Ramli tidak pulang ke rumah. 4 tahun lepas kali terakhir Ramli beraya di Segambut KL. Hari hari Raya seterusnya Ramli jadi anak perantauan. Ireland bukan tempat ideal untuk beraya. Tak ada ketupat atau rendang ori. Semua instant. Macam tak ada Butterfingers, tapi banyak Mawi.

Ramli anak mak. Mana pernah Ramli berpisah dengan mak. Atas paksaan bapanya barulah Ramli setuju untuk sambung belajar di Ireland. Kata bapanya, belajar di Malaysia tak kemana. Tak kelass. Ramli tahu bapanya sudah terlepas cakap pada rakan rakan bahawa anaknya bakal ke luar negeri. Takut malu pula kalau Ramli tak pergi.

Ramli rindu akan keluarganya. Dilihatnya di atas meja study terlihat laptop tajaan MARA. Boleh saja Ramli buat video call untuk melepaskan rindu. Skype tu padanya adalah ciptaan teknologi paling bererti. Tapi disebabkan tak sanggup melihat wajah sayu mak, Ramli cancel plan tersebut. Instead, Ramli bangun dan menyarung seluar. Dipakainya jaket kesayangannya dan keluar dari ruang apartmen kecik yang beku. Berjalan menuju peti surat, Ramli masukkan sampul pink tersebut dalam peti. Tangannya menggigil kesejukan. Tak pula dia sedar surat kirimannya itu tak masuk sempurna dalam peti. Jatuh ke atas jalan. Surat itu tak masuk peti.

Terlihatlah atas sampul tersebut tulisan kemas Ramli

PEJABAT UTUSAN MALAYSIA - SALAM PERANTAUAN




No comments: