Saturday, August 6, 2011

tora datang lagi

Ramadhan datang lagi. Siapa buat lawak Manchester United confirm kalah sebab Red Devils kena rantai di bulan puasa memang loser. Tunjuk handsign L sikit. Macam kapten Singapore sikit.

Bulan Ramadhan je mesti ayam percik jadi prom king. Mana mana bazar Ramadhan kamu pergi mesti ada ayam percik. Combo dia sekali dengan air tebu & cincau bandung.
Tapi kenapa bulan ramadhan baru ayam percik nak muncul? Mana ayam percik hilang ketika bulan bulan islam yang lain? Adakah ayam percik pergi melatih bina badan pada bulan Syaaban. Atau ayam percik pergi melancong ke Madras pada bulan muharram? Apa pula yang dilakukannya ketika Rabiulawal?
Aku tak tahu. Kamu tahu? Jangan beritahu aku.
Aku suka kekalkan ia menjadi misteri.
Macam misteri mimpi Syakila. Keisan Awie. Sampai sekarang dia tak tahu siapa Syakila.



Saja aku pilih yang ada shot dalam air. Bulan puasa ni kamu kena test nafsu. Setan dah kena lokap. Nafsu masih berlegar legar. Gerak khas belum sempat tangkap.

No comments: