Sunday, September 25, 2011

batu sayang kau tak boleh berkata

Orang kata penat tu hal mental sahaja. Badan kita ni takkan penat selagi otak tak kata penat. Aku pernah tengok dokumentari mangsa kapal terbang terhempas. Dah penat penat pun dia tetap cari jalan untuk meminta bantuan. Sebab mental dia kuat, otak dia tak kata penat. See, mental

Mental aku ni pulak tak berapa nak kuat. Bila time time badan kena padu, kena strong, time tu mental jadi layu. Mental mental

Aku join pasukan rowing. Saja saja nak cuba nasib. Gaya macam senang saja. Dayung sampan. Keturunan lanun tak reti dayung sampan maka tak piratelah kan?

Tapi aku silap. Rowing ni penatnya macam celaka!

Dayunglah kau 2 Kilometer. Tengok macamana dia punya pergi. Kalau dapat sampai dalam masa yang memberangsangkan tahniahlah. Aku pula, bagi 500 meter je. Orang kiri kanan dah suruh jangan givap. "Ini semua mental!"

Besok aku masih tertanya tanya nak turun training ke tidak. Kalau turun buat malu air muka keturunan lanun buat apa. Baik aku duduk bilik. Layan Sabul3gp.

Takpe masih ada satu malam penuh untuk aku pikirkan



1 comment:

afiq said...

HAHAHA sabul3gp.hahaha