Monday, September 5, 2011

selamat hari sambung belajar

Aku, entiti fragile yang lembik, akan lemas kalau kena campak ke dalam satu evironment yang baru.

Tempat baru, kawan(kalau ada pun) baru, makanan harga baru, makcik cafe baru, tandas baru, akak cleaner baru, semua baru.

Aku lelaki yang inginkan consistency. Benda benda susah nak blend dengan aku. Tapi kalau dah sebati, rupanya akan serupa dengan kek lapis. Harmoni.

Ni kat tempat belajar baru ni ada hostel. Harap harap dapat sebilik dengan kenalan lama. Kalau orang orang baru ni nanti aku berlagak shy. Bukan apa, aku sukar nak cari topic starter perbualan sesama rakyat.

Dapat sebilik dengan berperangai gampang pun aku tak kesah. Asalkan dah kenal. Asalkan tak payah aku cakap "Hai, assalamualaikum. Siapa nama?"

Ayat tu aku save buat mengorat Tiz Zaqyah.


No comments: