Saturday, October 8, 2011

lagenda baju karat

Denyut kepala Kamal tak baik baik lagi. Kepala Kamal bukan kepala Superman. Tak boleh baik macamtu saja bila kena sepak.

Tapi kaki Ta'in memang serupa kaki Superman. Deras hinggap atas jendul Kamal. Kaki kiri, kaki silat. Kaki tibai batang pisang. Sekali kena, taubat tak mintak lagi.

"Kepala bana kau gosok baju aku macam ni! Reti ke tak kau gosok?" Tengking Ta'in

Hendak saja Kamal menjawab tapi dia tahu lumrah asrama. Dia tahu doktrin senior-junior. Dan yang penting, Kamal tahu kaki Ta'in menang pingat warna apa Sukma tahun lepas.

Badan Ta'in berketul ketul. Badan Kamal tak berketul tapi berbiji. Berbiji biji jerawat di badan. Muscle tak ada. Semuanya bagaikan dah diabsorb Ta'in. Sado badang.

"Bukan salah saya bang. Iron baju tu yang salah. Dah karat.."

Pang!! Tujahan kuda kaki kiri Ta'in hinggap di peha kanan Kamal. Sakitnya bukan kepalang.

"Kenapa kau tak check bodoh! Woi pukimak kau dengar sini. Aku tak tau macaman kau nak buat. Tapi kalau besok pagi aku bangun, takde baju sekolah yang dah siap, kau masak" Sergah Ta'in lagi

Sebelum beredar Ta'in sempat lempang pipi Kamal. Merah. Tapi tak dibalas. Takut hayun tangan diganti dengan kaki pula satgi.

Kamal cuma mampu mengangguk. Bukan salah Kamal tak reti gosok baju. Dari kecik jangan katakan iron baju, cuci pinggan pun bibiknya yang buat. Nasib saja punggungnya dibasuh sendiri. Kalau bibiknya juga yang buat entah apa jadi nasib Kamal di asrama ni.

Bukan nak sangat Kamal masuk asrama. Tapi lepas dapat 8A dalam PMR, rasa rugi kalau tak pergi masuk SBP. Kononnya SBP tu elit. Kononya sekolah harian biasa ni cikai. Kononya.

Dah masuk baru Kamal tahu tinggi rendah, sempit luas hidup berorientasikan peraturan ketat. Peraturan guru, peraturan abang abang, peraturan hidup berkongsi. Peraturan di mana tahun pertama kau balaci, tahun kedua, bila dah besar sikit kau jadi langsi.

Tapi Kamal tetap anak jantan. Walaupun anak lot, Kamal tetap anak jantan. Dia bangun, menuju ke tandas. Dibukanya paip air sedikit, dicapainya berus palstik, Ditaburnya serbuk sabun, disentalnya kawasan baju sekolah Ta'in yang kena karat.

Sikit pun Kamal tak nangis. Sikit pun Kamal tak mengadu. Malu kalau menangis, malu kalau mengadu.

Mampus budak baru yang masuk tahun depan. Mampus junior Kamal nanti. Tahun depan, mampus budak budak baru


No comments: