Wednesday, November 30, 2011

Airhorn Padli dan kasih Johari

Tak ada siapa yang lebih gembira dari Padli bila Malaysia menang bola. Bersorak sorak tak henti. Malam dah larut pun mata segar lagi. Baddrol Bakhtiar baru sahaja skor penalti. Garuda tumpas dek dimakan Rimau. Apa lagi, parti!

Abangnya Johari hanya mampu tersenyum. Untunglah adiknya tu membesar pada zaman bolasepak Malaysia kurang bangang. Masih kepalabana tapi ada sinar cemerlang. Lain dengan zaman Johari kecik kecik dulu, bola Malaysia ni bagai hidup segan mati tak mahu. Malu. Shukor Adan sepak ikut arah telur, Khaironissam lebih pentingkan rambut kian gugur. Cikgu Jan? Oh bukan guru pendidikan jasmani tapi jurulatih pilihan kroni.

Kalau dulu stadium kosong, kini nak beli tiket pun dah susah. Orang makin galak ke stadium nak jadi Ultra. Padli dah tak sabar lagi. Bukit Jalil bukan jauh mana dari rumah. Tapi Padli tak tanya banyak kali, takut Johari marah.

Bukan Johari tak mahu. Tapi dia tak biasa. Bukan zamannya orang ke stadium ni. Zaman arwah abahnya dulu mungkin bisa. Stadium Merdeka tu macam Wembley. Stadium Darul Makmur macam Highbury. Zamannya cuma tahu stadium Astro. Cuma tahu Old Trafford dari jauh.

Tapi kasih pada adiknya sorang itu melebihi segala. Padli tu memang lumrahnya manja. Pujuk sikit Johari dah surrender. Minggu depan ada Malaysia lawan Bahrain. Untuk Olimpik katanya.

Johari setting baik dengan adiknya. "Minggu depan kita pergi bersama." Padli girang tak terkira. Dapat tengok Khairul Fahmi depan mata.

Dipakaikan adiknya tu baju Malaysia. Ciplak tak ori tapi takpe. Tetap bergaya.

Menuju ke stadium bergandingan tangan. Airhorn, mafla dijual kiri dan kanan. Johari kesiankan adiknya Padli. Dari lahir tak pernah ada hadiah hari jadi. Nak belikan mafla time tu belum gaji. Oh sungguh simpati.

Johari belikan Padli airhorn. Macam Vuvuzela tapi punyi pon pon pon. Padli suka tak terkira. "Baru macam Ultra" madahnya.

Game bermula setelah sekian menunggu. Malaysia bergerak pantas, wingnya laju. Bahrain besar cuba main kasar. Johari marah, Padli mula rasa lapar. Nak beli makanan takut terlepas aksi. Ditahannya rasa lapar, diteguknya air Sarsi.

10 minit berlalu, tempo makin kurang laju. Padli bosan, peluh dah membasahi baju. Ultras di curva sudah habis lagu. Stadium senyap sunyi macam rumah berhantu,

Padli teringat di tangannya ada air horn. Ditekannya kuat kuat, bunyi pon pon pon. Bingit bunyinya tidak terkira. Brader sebelah Padli jeling sebelah mata. Nak dipukul keisan katanya. Budak baru kenal apa itu dunia.

Separuh masa, Malaysia dah score satu. Adik Nazmi Faiz lambung satu bola padu. 15 minit rehat apa nak dibuat pun tak tahu. Padli main airhorn, kononya buat lagu.

Masuk separuh masa kedua, player dah tukar baju. Semangat makin ligat, Bahrain mula haru. Airhorn makin kuat, Padli makin bikin brader sebelah berbulu.

Bahrain main kasar, apa jadah. Player Malaysia sakit, mungkin cedera parah. Brader seblah sudah naik darah. Referee mangkuk, layak kena panah. Padli bikin lagi panas, bunyi airhorn macam gajah.,

Pn pon pon, Padli bukak lagu. Brader sebelah tak tahan, dia bagi Padli siku. Dssepaknya budak itu, tanpa segan silu. Termuntah air sarsi, buat corak atas baju.

Johari tergamam, apa pun tak boleh buat. Di atas padang, Mahali makin ligat. Bahrain sudah semangat passing makin hebat. Brader sebelah tak berhenti merembat. Keisan pada Padli, airhornya dilipat lipat.

Johari bagai tersentak dari lamunan. Bingkas dia bangun, "woi brader, jangan jadi macam haiwan!"

Brader seblah tunjuk jari tengah, lantas duduk atas bangku. Johari menggelegak mahu saja bukak baju.

Seraya dengan itu, Bahrain dah score satu. Apa jadi seterusnya? Aku rasa kamu semua tahu




No comments: