Tuesday, December 27, 2011

separuh penuh, separuh kosong

Form menulis aku makin hambar. Malam ni aku determined nak siapkan satu post. Just for the sake of writing.

Haih oklah aku givap. Menulis ni mana boleh paksa. Kalau takda idea jangan tulis. Tak kesian ke kat pembaca? Cacat mata. Boleh ruin mood. Boleh bikin org PMS. Jangan tulis kalau tak ada idea.

Jangan paksa kalau tak ada idea.

Abah aku selalu kata yang aku ni tak banyak berjaya dalam hidup sebab semua benda buat sekerat jalan. Tae Kwan Do dulu aku masuk. Tak lama. Sampai tali pinggang Kuning je. Ingat tak aku cerita pasal Rowing? Jangan tanya macamana dgn rowing. Malu aku nak cerita.

Menulis ni aku minat. Tapi minat tanpa skill tak sempurna jadinya. Mungkin senang kalau aku terus givap. Hentikan Smells ni. Stop menulis. Tapi aku penat nak cari projek lain. Penat nak lihat satu persatu bidang aku tinggalkan setengah jalan.

Oklah. Sambil sambil aku nak tunggu mata ni tidur, aku rasa wajar untuk aku cari form, cari idea. Takkan aku biarkan Smells ni berkubur. Itu satu janji. This is my life. This is the only thing that I think I can be good at.

Sumpah aku hairan mana kegirangan menulis dahulu?

Paip pemikiran aku tersumbat agaknya. Mana nak dicari plumber idea?

No comments: