Friday, June 15, 2012

Ali si rebel comel


Ali mahu cari sebab buat ayahnya marah. Ali mahu jadi rebel.  Ali mahu menjustifikasikan alamat emelnya – “rebellious-tapi-cute@gmail.com”. Ali mahu bikin hati ayahnya panas. Ali mahu balas dendam.

Dendam Ali dah lama simpan. Ayah adi perangai dahulunya berperangai busuk. Ayah Ali bukan sahaja malas mandi malahan lebih teruk lagi, ayah adi kaki judi. Ayah Ali bukan loser abadi. Dia jawat jawatan tinggi. Pengarah syarikat GLC. Kereta Mercedes class C. Cukup untuk berikan adi kehidupan harmoni. Duit boleh beli segalanya. Termasuklah TOTO 4D. Sayang sekali.

Sebab suka judi, bini Ayah Ali lari. Ayah Ali ada tabiat macam babi. Kalau kalah judi, lempang bini, kalah judi lempang bini. Mana bini tak lari? Ayah adi bila bini dah lari mulalah sukar jaga Ali. Mana lah ayah adi pandai masak. Ali tiap hari makan megi. Kalau tak pun McD. Tapi McD tak boleh selalu. Tak ada budget kata ayah Ali. Semua funds masuk tabung judi.
Sebab sukar jaga Ali, Ayah Ali hantar masuk SBP. Warden jaga kasi complete serba serbi. Ali mula pasang angan. Dengar cerita budak budak SBP jahat. Budak SBP kaki buli. Budak SBP kaki rokok.

Haa rokok.

Sebabi babi perangai ayah Ali, dia tetap tak suka orang isap rokok. Katanya, isap asap tu perangai mangkuk. Ali tahu budak SBP bega. Budak SBP ni pun jenis jenis rebel mak bapak. Pressure belajar, isap rokok. Mangkuk.
Bila Ali isap rokok, Adi automatic jadi jahat. Bapak Ali akan sedar perangainya palat. Itu satu plan!
Ali pasang azam. Masuk SBP nanti nak belajar isap rokok. Orang isap rokok ni fikirnya semua jahat. Semua rebel. Semua Joey Ramone.

Petang pertama masuk asrama Ali dah cari geng. Adi jumpa Kamal. Pelajar senior. Parut ada dua tiga. Ikut lagenda, kena sepak dengan super senior.  Ali mintak ajar isap rokok. Kamal gelak. Tak pernah ada budak mintak ajar isap rokok. Boleh tahan bangang Ali ni pada kaca mata Kamal. Kamal suka budak dungu. Nanti boleh buli. Boleh suruh basuh baju kotor dalam baldi. Kamal layankan aje Ali. Boleh jadi anak ikan jugak ni. Ali jambu. Ikut muka Ayah Ali punya bini.
“Isap rokok macamni. Kau bakar, kau isap, kau hembus. Ini pun nak kena ajar?”
Kawan kawan Kamal gelakkan Ali. Isap dalam dorm je. Tak perlu sorok sorok. Mereka semua langsi. Apa nak takut.

Ali cuba isap. Ali isap macam pro. Ali rasa ringan. Kepala rasa melayang. Ali rasa best. Ali rasa taiko. Padan muka bapak Ali.

Rokok sudah. Ali mesti mahu ikut perangai langsi Kamal. Mesti mau naik level. Lepas rokok ganja, lepas ganja beer. Pergh Ali susun plan satu persatu. Of course plan disusun sambil isap rokok. Baru rasa macam Castello.

Ali expect Kamal akan ajar semua. Kamal bawa dia ke lembah hina. Ali expect Kamal ajar Ali jadi budak jahat. Tak lagi gudie gudie. Padan muka bapak Ali.
Sedang Ali sibuk merancang, terdengar bunyi Azan. Azan Asar. Azan radio. Kawan kamal bawak radio dalam dorm.

Kamal dan rakan rakan bingkas bangun. Masuk tandas. 

“Amboi ni betul betul setan ni, azan azan masuk tandas. “

Ali girang dapat kawan dengan setan. Ali ikut masuk tandas.

Kamal dan rakan rakan ambil wudhu dalam tandas. Kamal bentang sejadah dalam dorm. Jadi imam. Makmumnya rakan rakan. Dari dorm sebelah pun ada. Kamal suara sedap. Baca Al-Fatihah mendayu. Tapi sebab langsi, dia tak turun surau.

Ali garu kepala. Ali tak kenal lagi dunia.
Ali masuk tandas. Duduk dalam sana sampai Kamal habis sembahyang.

1 comment:

khairunisahmadenney said...

Adi tertukar jadi Ali halfway of the story! ;)