Tuesday, June 19, 2012

Give and go die

Kita mansuia sering beri segalanya kerana rasa sayang. Kerana rasa sayang terhadap makanan, kita sanggup berbelanja. Kerana rasa sayang pada pasukan bolasepak kita sanggup bersengkang mata. Kerana rasa sayang pada orang, kita berikan segalanya.

Aku yakin tidak semua manusia sama. Dalam ada yang sanggup bergadai nyawa pasti ada juga yang endah tak endah sahaja. Aku pernah diberikan segalanya. Aku diberi perhatian, aku diberi rasa penghargaan. Aku diberi segalanya kerana rasa sayang. Aku tak balas cara sama. Aku balas cara hambar. Hambar babi kata orang. Hambar babi.

Kini bila penghargaan hilang baru aku tahu apa makna give and take. Aku baru tahu siksa untuk kamu beri perhatian sebelah tangan. Tak kiralah dengan sesiapa pun. Ibu bapa, adik beradik, rakan rakan, pasangan bercinta. Hargailah mereka sesama rata. Aku bet mereka semua concern tentang kamu. 

No comments: